Thursday, March 12, 2009

Keputusan SPM 2008

Keputusan SPM 2008 telah diumumkan di SIC tepat pukul 11.40pg tadi. Syukur ke hadrat Illahi kerana SIC berjaya mengekalkan pencapaian kelulusan 100% disamping peningkatan dari segi kualiti. Keputusan diumumkan oleh mantan PKP En Mohamad Abdul Wahab - Ketua Penolong Pengarah Bghn Peperiksaan JPN Kelantan.

Pencapaian 100% lulus dicapai bagi subjek BM, Pend.Islam, Pend.Moral, Sejarah, B.Inggeris, Matematik, Fizik, Kimia, Prinsip Akaun, EST dan Tasawwur.

Pelajar terbaik milik Tuan Ahmad Fadhli Noor B Tuan Nordin : 11 A1
Pelajar "straight A's" :
1.Muhammad Syafiq B Mohd Suhaimi :10 A1 & 1 A2
2.W.Muhammad Zahin Zakwan B W.Yusof : 10 A1 & 1 A2
3.Mohammad Azwan B Mohd Rafei : 10 A1


Tugas menganalisa dilakukan di Makmal Komputer



Kehadiran mantan PKP sangat bermakna..

Tugas analisa keputusan selesai pada waktu yang ditetapkan..

Wajah-wajah penuh debaran menanti pengumuman keputusan SPM



Cikgu Zurnee mempengerusikan majlis pengumuman..

Pelajar terbaik SPM 2008 SIC..tahniah..Tuan Ahmad Fadhli Noor B Tuan Nordin..diikuti dengan penyampaian keputusan kepada kumpulan pelajar cemerlang.





Kegembiraan yang tak dapat diucapkan..dikongsi bersama..Hasnul Hadi dan Ustaz Zahari

SIC berbangga dengan kejayaan anda semua!!!!



Wednesday, March 11, 2009

Sayonara PKP ( Muhammad b Abd. Wahab )

8/03/09: Ahad:

Pihak Maktab kehilangan satu permata yang mengemilangkan Maktab Sultan Ismail. PKP menerima kenaikan pangkat beliau ke Jabatan Pelajaran Kelantan sebagai KPP Penilaian dan Peperiksaan.

En. Muhamad b Abd Wahab berjaya membawa Maktab Sultan Ismail ke arah membudayakan ilmu dan disepanjang pentadbirannya, beliau telah banyak melakukan perubahan dan pembaharuan di Maktab Sultan Ismail.

Pihak Maktab mengucapkan ribuan terima kasih di atas curahan bakti yang diberikan dan pihak Maktab diharap beliau akan terus cemerlang di dalam menjana kegemilangan pendidikan di Kelantan khasnya di Malaysia amnya.

Sayonara PKP dan kami merinduimu..


# Gambar sekitar majlis perpisahan akan diupload sedikit masa lagi

Monday, March 9, 2009

SIC dijadikan tempat Majlis Sukan Rakyat Jajahan KB

Sabtu: 7/3/2009

Padang SIC dijadikan lokasi sukan rakyat jajahan KB.
Pelbagai acara dijalankan sepanjang hari tersebut. Terdapat pelbagai gerai pameran diadakan dan juga permainan sukan rakyat bermula jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Sukan Rakyat juga diserikan dengan kedatangan Angkasawan Negara Dr. Faiz.
Majlis dirasmikan oleh Raja Perempuan Kelantan jam 3.00 petang. Tuanku sempat meyaksikan sukan yang diadakan dan dipersembahkan kepada Raja Perempuan Kelantan.

Majlis digamatkan lagi dengan kehadiran juru acara jemputan iaitu Ali Mamak Santan Berlada yang suatu ketika dahulu amat popular. Majlis diserikan dengan persembahan kebudayaan daripada pelajar USM dan sekolah sekitar. Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah.


Taniat diRaja yang disediakan oleh pihak penganjur.

Pandangan sisi taniat di raja

Kenderaan klasik juga mengambil bahagian dalam pameran tersebut

Masih gah walaupun usia mencecah puluhan tahun

Ular juga disediakan kepada para pengunjung untuk diabadikan sebagai kenangan. Bergambar dengan ular dikenakan bayaran sebanyak RM2.00

Urusetia sukan rakyat terdiri daripada kakitangan RTM dan Majlis Daerah KB


Pameran yang disediakan oleh pihak penganjur menarik minat pelajar SIC untuk mencubanya


Kakitangan RTM sedang bersiar secara langsung dari tapak majlis sukan rakyat

Antara acara yang disediakan oleh pihak urusetia " boling padang "


Tetamu di kios pameran angkasawan.


Permainan seni mempertahankan diri dipersembahkan kepada pengunjung


Alat Muzik tradisional yang semakin dilupakan oleh golongan muda

Kanak-kanak juga terlibat di dalam acara sukan rakyat ini



Persembahan daripada pelajar USM

Sukan rakyat yang dipersembahkan dihadapan Raja Perempuan Kelantan


Acara ini dinamakan "badang"



Tuesday, March 3, 2009

Taklimat Mingguan Guru

Taklimat Mingguan Guru diadakan seperti biasa, bermula pukul 2.00 petang, bertempat di bilik Oktagon. Apa yang lainnya Taklimat hari ini adalah ia merupakan taklimat terakhir bagi En Mohamad Abdul Wahab..mantan PKP SIC. Beliau akan mula bertugas di JPN bermula Ahad ini. Seluruh warga Maktab mengucapkan tahniah di atas kenaikkan pangkat beliau dan semoga beliau lebih cemerlang di tempat baru ini. Mewakili seluruh warga Maktab juga, kami ingin memohon seribu kemaafan andai ada tutur kata atau tingkah laku yang mengguris hati. Semoga silaturrahim ini kekal selamanya.

Mantan PKP..menyampaikan ucapan pada Taklimat Guru 03.03.09

Mantan PKP diapit oleh PK Ko dan Pengetua..