Thursday, December 21, 2017

AMANAT TUAN PENGETUA



Amanat Dan Kata Alu-aluan :
TUAN PENGETUA
MAKTAB SULTAN ISMAIL
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
dan  salam sejahtera.


Terlebih dahulu,  pada kesempatan ini, saya mendahului peluang ini dengan salam penghargaan terima kasih kepada semua AJK Induk Manual Buku Pengurusan Maktab yang memberi  ruang untuk saya dedikasikan kata alu-aluan dalam buku pengurusan tahun 2018 ini.  Mudah-mudahan jajaran tahun 2018 yang bakal kita tempuhi nanti sentiasa berpaksikan dengan satu matlamat, satu aspirasi yang hakiki demi  menstrukturkan kemenjadian anak-anak didik kita dengan norma dan amalan terpuji.

Sebagai guru/pendidik,  kita dituntut untuk bersama-sama menjana  anak-anak didik kita dengan pedagogi yang betul dan berdaya kreatif dan imaginatif.  Disamping itu, kita mesti juga mempunyai jati diri yang stabil  sebagai penyampai ilmu,  sebagai model untuk anak-anak didik supaya nanti mereka menjadi modal insan yang berkualiti, bersahsiah unggul dan memiliki jiwa yang luhur.

Tahun 2018,  sebagai tahun pada abad ke-21 ini, marilah sama-sama  kita memperkasa Pengajaran dan Pemudahcaraan  (PdPc) di dalam kelas dengan efektif, bertenaga dan kekal profesional.  Sesungguhnya, PdPc  dalam Pembelajaran Abad ke-21 ini, menuntut kita semua supaya menjadi guru yang memiliki 5 elemen seperti berikut :-

-  Kreativiti dan Inovasi
-  Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
-  Komunikasi  dan  kolaborasi
-  Literasi maklumat
-  Berinisiatif dan mempunyai keupayaan  diri

Mudah-mudahan apa yang kita implementasikan ini akan dapat mewajahkan anak-anak didik kita dengan wajah yang bersalutkan ilmu yang tinggi, berketrampilan dan akhlak yang terpuji.  Besarlah harapan kita, bahawa pada tahun 2018 ini, segala kerja buat kita mendapat rahmat dan limpah kurnia daripada Allah SWT.   Akhir kata, sama-samlah kita bekerja dengan gigih dalam satu pasukan demi mencapai motto maktab  “We Strive For Excellence”
 
Sekian,  salam Negaraku Malaysia.

( HJ.  ROSDI   BIN   MAT )
Pengetua
Maktab Sultan Ismail
Sekolah Kluster Kecemerlangan

Friday, December 15, 2017

PENYERAHAN PELAPORAN PT3 2017

TARIKH: 14 DISEMBER 2017
HARI : KHAMIS
TEMPAT: DEWAN TENGKU MAHMUD
WAKTU: 10.00 AM - 12.30 AM
AKTIVITI:
1. UCAPAN TUAN PENGETUA
2. PENYERAHAN ELAORAN PT3, PAJSK , SEGAK DAN PSIKOMETRIK OLEH   GURU TINGKATAN MASING-MASING


Barisan Pentadbir iaitu PK HEM, Tuan Pengetua, PK Pentadbiran Dan PK Ko

Ucapan Tuan Pengetua

Menunggu giliran untuk menerima keputusan

Alhamdulillah.. sokongan daripada ibu bapa dan guru sentiasa ada

Tahniah semua Pelajar SIC.. 

Tahniah kepada yang berjaya mendapat keputusan Semua A.
Perjalanan masih jauh.. Teruskan perjuangan untuk SPM 2019.

Thursday, December 7, 2017

BUKU PENGURUSAN 2018


Buku pengurusan siap.... bermakna cuti dah semakin pendek...
Bersedialah untuk tahun 2018...



Monday, December 4, 2017

kembali....

kami akan kembali di tahun baru...