Pihak Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Kursus Kemahiran Jawi kepada pelajar Tingkatan 3. Semua pelajar Tingkatan 3 diwajibkan hadir untuk kursus ini. objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan pemahaman yang betul tentang tulisan jawi dan kaedah penulisannya.
Program ini adalah penting kerana penggunaan tulisan jawi pada masa kini semakin terpinggir dan ada sesetengah pelajar tidak tahu menulis dan membaca jawi. Selaras dengan itulah panitia pendidikan Islam MSI telah mengambil inisiatif untuk memberi pendedahan dan membasmikan buta jawi di kalangan pelajar MSI.
Seorang penceramah ( Ustaz Mansur, Guru J-Qaff ) yang berpengalaman tentang tulisan jawi dijemput untuk membimbing dan menerangkan kaedah tulisan jawi kepada pelajar.
Program bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 1.30 petang.
Peserta dibekalkan satu set buku panduan tulisan jawi yang dihasilkan sendiri oleh ustaz Mansur.
Tahniah Panitia PI!!
ReplyDeletemoga anak-anak SIC semuannya mahir jawi.
Mesti mahir..nak score A dlm PMR oct nanti.
HUHU!!!
ReplyDeletecikgu amat bersungguh2!!
NICE !!!
huii kalo xdpt A lagi dlm agama ni xtau la nk kata apa!!