Friday, January 30, 2009

Cuti Tahun Baru Cina

Pihak Maktab Sultan Ismail Mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua guru dan pelajar berbangsa Cina di Maktab Sultan Ismail dan juga serata Malaysia.


Jangan lupa... limau lebih bawa ke maktab untuk dirasai oleh semua guru.



Blog kali ini tak diupdate kerana masing-masing membawa haluan sendiri untuk memenuhi tuntutan cuti tersebut
Penulis sekali lagi mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan Selamat Bercuti.


Masyarakat Majmuk tanpa sengketa mencerminkan Malaysia negara aman dan maju.
Perpaduan teras Kemajuan. Kerajaan Berketerampilan Kemajuan Digapai.
"Hidup Kerajaan Malaysia."
Sama2 terus menjunjung wawasan negara.
Sama2 meniti kegemilangan anak bangsa.

Friday, January 23, 2009

Program Balik Kampung Pelajar Asrama

Khamis~22/Jan/2009- Pihak pengurusan Asrama Maktab Sultan Ismail telah mengadakan Program Balik Kampung bagi pelajar asrama. Pelajar-pelajar yang terpilih ialah pelajar yang berasal dari Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, Paloh, Chiku, Chalil, Sungai Asap dan Gua Musang.
Seramai 38 orang pelajar terlibat dalam program ini. Pelajar-pelajar dihantar melalui Tanah Merah, Kuala Krai dan seterusnya ke Gua Musang.
Seorang warden ditugaskan untuk menguruskan perjalanan pelajar iaitu ustaz Zahari bin Deraman bersama dengan pemandu Maktab Sultan Ismail En. Johan.
Program ini akan dilaksanakan sebulan sekali dan arah destinasi akan digilirkan antara Gua Musang dan juga Jeli. Sambutan terhadap program ini adalah menggalakkan. Pihak Pengurusan Asrama mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Maktab Sultan Ismail di atas kerjasama yang diberikan. Diharap program ini akan memberi impak yang berguna kepada pelajar Maktab Sultan Ismail.



En. Johan bersedia untuk menghantar pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing. Beliau banyak memberi kerjasama kepada pihak asrama SIC. Terima kasih diucapkan.



Semua pelajar nampaknya gembira untuk balik ke kampung masing-masing.




Wajah-wajah ceria pelajar asrama ketika menaiki bas SIC. Perjalanan yang bakal ditempuhi mereka mengambil masa sekitar 4 hingga 5 jam bagi yang tinggal di Gua Musang.



Hanya terdapat 2 orang pelajar puteri yang sama-sama menyertai program ini. seorang di Tanah Merah dan seorang lagi tinggal di Felda Chiku 7, Gua Musang.


Stesyen Bas Tanah Merah. Pelajar yang berasal di Tanah Merah dan Jeli dihantar ke stesyen Bas Tanah Merah untuk pulang ke rumah masing-masing. Ada di kalangan mereka dijemput oleh keluarga mereka di bandar Tanah Merah. Bagi pelajar yang tinggal di Jeli akan meneruskan perjalanan dengan menaiki Bas ke Jeli.



Memunggah beg untuk meneruskan perjalanan dari Tanah Merah ke kampung masing-masing.. Selamat jalan diucapkan dan selamat menyambut Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Chai.






Wednesday, January 21, 2009

Latihan Rumah Sukan Pertama (part 2)

Latihan Rumah Sukan Kali Pertama untuk rumah Wong dan Muhyideen. Perjumpaan kali ini dikendalikan oleh En. Mohd Noor S/U Sukan Maktab Sultan Ismail.
En. Mohd Noor dibantu oleh 2 orang guru pelatih untuk aktiviti memanaskan badan.
Pelajar dikehendaki melakukan larian sebanyak 3 pusingan di Padang SIC.

En. Mohd Noor guru sukan yang banyak memberi sumbangan kepada pembangunan sukan di SIC



Perbincangan untuk memulakan aktiviti pertama tahun 2009



Memang cukup berdedikasi cikgu SIC.... sahut slogan katakan..

Serius perbincangan antara YM Cikgu Tengku Norsida, Riza dan Reza


Rasa-rasanya rumah kita juara tahun ni... tengok kepada penyertaan pelajar yang menggalakkan.. agaknya itulah kata cikgu Soriana

Aktiviti memanaskan badan bagi memulakan larian. Diketuai oleh 2 orang guru pelatih


best juga main tepuk lalat nih... semangat pelajar maktab tidak dapat disangkalkan lagi..

Bersemangat di kelas bersemangat juga di padang.


Hitam tetap gagah.... hijau semangat membara...


Ni jurulatih yang semangat... anak buah tak buat pun.




Bila nak mula ni..... hari semakin panas



Kalau tarian poco-poco baru bagus nih.. buat kuruskan badan.




Tenaga pengajar yang terlibat menguruskan latihan pelajar.


Tetap ceria walaupun dijemur panas. semangat ni harus diteruskan... jangan sekerat jalan sahaja

Guru-guru rumah Wong dan Mahyideen



Tetap ceria......... tetap memberi sokongan kepada pelajar yang menyertai latihan pada hari ini.


Posing memang first class tapi... background hancusssss

Sekitar aktiviti memanaskan badan...


Perbincangan dikalangan guru-guru.. Apa yang dibincangkan????? Hanya Cikgu Azizah dan YM Tg. Norsida yang tahu


Jejaka terhebat di SIC. Cikgu Zulkifli Anshari, Cikgu Mohd Noor, Cikgu Rosman dan Ustaz Zahari.

Cikgu Reza ( Ketua Rumah Muhyideen ) Arigato..


Cikgu Pahimi diapit oleh Cikgu Reza dan Cikgu Zulkifli


Cikgu Rosman bersama dengan pelajar melakukan regangan dan juga memanaskan badan ( lari setempat )

Masih menjalani aktiviti memanaskan badan

Best juga posing tengah panas... masing-masing tetap dengan gaya masing-masing..





Guru-guru rumah Wong. Cikgu Narizan, Cikgu Haizam, Cikgu Siti Rekiah serta cikgu Samaniah



Larian 3 pusing di padang SIC.



Gaya bakal seorang pengurus/ketua rumah untuk tahun depan





Pendaftaran pelajar, kehadiran adalah wajib dan denda akan dikenakan kepada pelajar yang tidak hadir semasa Latihan Pertama.



Monday, January 19, 2009

Latihan rumah sukan pertama 2009

Latihan rumah sukan bagi rumah Mahmood (biru), Baker( merah ) dan Ibrahim (kuning) telah diadakan petang tadi, bermula pukul 3.30 dan berakhir pada pukul 4.45 ptg..

..pengorbanan guru..tak kira hujan atau panas terik..


PK Ko En Ramli Zakaria memulakan acara petang tadi..

Aksi spontan PK Ko.."satu rumah buat 4 barisan.."

Tak sabar-sabar nak memulakan larian padang..

..larian 3 pusingan trek..



Mesyuarat PIBG kali Pertama 2009

18.1.2009 ( Ahad )

PIBG SIC telah mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa kali pertama telah diadakan pada hari Ahad 18/Jan/2009 di oktagen

Antara agenda yang dibincangkan ialah:
1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Pengetua
3. Ucapan YDP PIBG
4. Laporan Kewangan berakhir 17 Januari 2009
5. Pembentukan Biro-biro
6. Perancangan aktiviti PIBG 2009
7. Hal-hal lain






Ahli Jawatankuasa Ibubapa bagi sesi 2009

YDP : Dato' Seri Hj Ahmad Sukimi b Ibrahim
NYDP: Dato' Ab. Aziz Derasid
Ex-Officio: Hj Saipuddin Abdullah
Setiausaha: Pathiuddin b Mat Zain
Bendahari: Ab Aziz b Yusoff
AJK:
~Wan Abdul Rahman b Wan Mamat
~Che Ab Aziz b Che Ab Hamid
~Hj Wan Abdul Kudus b Wan Awang
~Norashikin Hj Md Tap
~Haspah bt Hussain
~Muhammad b Abd Wahab
~Abdul Halim Zakaria
~Selamah Shariff
~Tg. Norsida Tg. Mahmud
~Apisah Talib
~Zahari Deraman

AJK begitu khusyuk mendengar ucapan daripada YDP. Harapan YDP agar mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada semua AJK.

Perbincangan dan perancangan yang teliti perlu dibuat dan dilaksanakan untuk menjadikan SIC sebagai sekolah yang terulung di Kelantan dan seterusnya di Malaysia.

Biro-biro yang ditubuhkan ialah:

Biro Pembangunan, Ekonomi dan Perhubungan
Awam

Biro Akademik dan Kebajikan

Biro Sahsiah dan Modal Insan


Sunday, January 18, 2009

Perhimpunan Kendalian Pelajar Kali Pertama 2009

18.Jan.2008 ( Ahad )- Maktab Sultan Ismail telah mengadakan perhimpunan pertama pelajar.
Agenda yang dianjurkan oleh pelajar ialah mengadakan forum pelajar yang cemerlang



Peserta yang terlibat ialah pelajar cemerlang PMR 2008 yang mendapat 9A.
Pelajar tersebut ialah Ibrahim b Abdul Halim dan Syawaluddin Zulfitri bin Zulkarnain.



Majlis dipengerusi oleh Kaunselor sekolah En Hafizie


PKHEM juga banyak memberi input yang berguna semasa forum tersebut.


Pelajar mendengar dengan penuh khusyuk. Inilah julung kali pengurusan mengadakan forum untuk pelajar cemerlang..
Mereka dapat berkongsi pengalaman dan resepi kejayaan yang digunakan untuk mencapai kegemilangan di dalam peperiksaan PMR 2008.
Ibrahim bercita-cita ingin menjadi doktor bagi membantu kedua ibubapa mereka.




Pesanan beliau... Kejayaan tidak akan datang dengan mudah kepada kita... berusaha dan terus berusaha dan berdoa ke hadrat Ilahi