Thursday, April 21, 2011

Lawatan Penanda Aras Staf Maktab Sultan Ismail


Pihak Maktab Sultan Ismail akan mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Negeri Kedah dan Pulau Pinang pada 4 - 7 Mei 2011.

Objektif Lawatan Penanda Aras ialah:
- Meningkatkan dan memantapkan tahap profesionalisme guru-guru
- Menyediakan guru-guru ke arah pelaksanaan sekolah bestari pada masa hadapan
- Meningkatkan dan memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran
- Mengeratkan lagi semangat kerja berpasukan

Sekolah yang bakal dilawati ialah:
SMK Sultan Asma Alor Star Kedah
Kolej Sultan Abdul Hamid Kedah
dan Penang Free School Pulau Pinang.

Tentatif Program
4 Mei 2011
9.00 malam bertolak dari Maktab Sultan Ismail

5 Mei 2011
10.00 pagi: Lawatan ke SMK Sultanah Asma
12.00 Tengahari: Lawatan ke Kolej Sultan Abdul Hamid
2.00 Petang: Lawatan sekitar bandar Alor Star
5.00 Petang: Bertolak ke Pulau Pinang

6 Mei 2011
10.00 pagi: Lawatan ke Pinang Free School
3.00 petang: Lawatan sekitar Penang Road dan Queens Bay Pulau Pinang

7 Mei 2011
8.00 pagi: Lawatan sekitar Pulau Pinang
12.00 tengahari: Bertolak pulang ke Maktab Sultan Ismail.

Program ini dianjurkan oleh:
Kelab Guru dan Kakitangan
Maktab Sultan Ismail Kota Bharu

Saturday, April 16, 2011

Futsal Jalinan Mesra



Futsal Jalinan Mesra telah diadakan pada 12 April 2011 di Din Futsal Lundang. Tujuan diadakan Futsal Jalinan Mesra ini ialah untuk mengumpul kembali bekas-bekas tenaga pengajar Maktab Sultan Ismail dan juga merapatkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan bekas-bekas guru dan guru Maktab Sultan Ismail.

Program ini telah dirancang oleh Cikgu Mohd Noor dan Ustaz Zahari dan telah mendapat sambutan yang baik. Hasil usaha yang dilakukan ini telah berjaya mengumpul 40 orang guru dan bekas guru Maktab Sultan Ismail.


Hadiah telah disediakan oleh pihak penganjur yang diperolehi daripada sumbangan guru-guru, koperasi dan pihak PIBG.

Suasana ketika penyampaian hadiah..

Turut menyertai program ini ialah Ketua Unit Sukan JPN Kelantan En Razuki.

Penonton dan pemain yang beraksi

Aksi pemain dan penonton

Program ini akan diadakan dari masa ke semasa untuk mengumpul kembali lebih ramai bekas-bekas guru Maktab Sultan Ismail.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan yang telah memberi sumbangan.


Tuesday, April 12, 2011

Pelajar Cemerlang SPM 2010


Maktab Sultan Ismail telah mencatat kecemerlangan dalam Peperiksaan SPM 2010. Disamping mengekalkan kecemerlangan 100% MSI juga telah mencatat satu sejarah tersendiri apabila 2 daripada 6 orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang Negeri Kelantan.
Syabas dan tahniah kepada semua calon SPM 2010 di atas kecemerlangan anda.
"We Strive For Excellence"


Pelajar Cemerlang bersama dengan Pn Ivi Marlinda

Cenderahati daripada Tuan Pengetua Tn. Hj. Saipuddin bin Abdullah sambil diperhatikan oleh Tn. Hj. Zulkifli Md Daud. ( PKP )

Terima kasih

Bekas Ketua Pelajar Sesi 2010

Tahniah dan terima kasih

Aqtab Mazhar menerima cenderahati daripada Pengetua

Imran Arrifin pelajar cemerlang SIC
10A+

Liew Hong Kheng juga mendapat 10A+

Barisan pelajar cemerlang MSI

Wajah yang menaikkan imej MSI

Senyuman kepuasan dengan kecemerlangan

Kejayaan anda diraikan
Tahniah... terima kasih
dari
Warga MSI