Tuesday, July 7, 2009

Pertandingan Choral Speaking

.

Pasukan Choral Speaking Maktab Sultan Ismail telah mengambil bahagian dalam pertandingan Choral Speaking peringkat PPD Kota Bharu di Dewan Putera, Kompleks Sekola-sekolah KB.

Pasukan Maktab tiba di sana pada pukul 1.45 tengah hari dengan menaiki bas Maktab dan hanya melakukan persembahan yang mantap pada pukul 6.15 petang!..


Guru-guru pengiring terdiri dari 4 guru Bahasa Inggeris iaitu Pn Nastientie,Pn Afifah,Pn Saliza dan Cik Nik Nuraida.



Persembahan pasukan Maktab jauh lebih baik dari persembahan pasukan Maktab tahun lepas, namun kita masih belum mampu merampas dominasi sekolah-sekolah tertentu dalam acara ini. Usaha akan dilipat gandakan supaya persembahan tahun depan menjadi lebih mantap. Tahniah diucapkan kepada 30 pelajar tingkatan 1 dan 2 (juga kepada Adam yg bertindak sebagai pembantu kepada guru-guru pengiring. ) atas kerjasama dan semangat yg ditunjukkan hari ini.




..Dewan Putera..


..barisan jurulatih/guru pengiring..


..penantian 4 jam 30 minit..


..akhirnya satu persembahan yang membanggakan..



..aksi lega setelah membuat persembahan..


Johan : SM Dato Ahmad Maher
Naib Johan : SMS Tg Muhammad Faris Petra
Tempat ketiga : SM Zainab 1
Tahniah kepada pemenang..semoga tahun depan kita bertemu lagi..
.