Saturday, February 6, 2010

Hari Keusahawanan 1 SIC

06.02.2010 SIC telah menganjurkan "Hari Keusahawanan 1 SIC 2010" . Kelab Guru dan Kakitangan SIC bertindak sebagai penganjur. Bermula seawal 8.00 pagi dan dijangka tamat pada pukul 2.30 ptg. Sebanyak 24 gerai yang menjual pelbagai barang dagangan didirikan mengikut Pasukan Pakaian Seragam. Kupon jualan telah disediakan seminggu lebih awal dengan nilai RM10 setiap satu. Sehingga oukul 10.30 pagi tadi, sambutan sangat menggalakkan di mana pelajar-pe;ajar dari sekolah berhampiran turut hadir menjayakan majlis ini. Begitu juga kehadiran ibu-bapa pelajar yang sudi meluangkan masa bersama-sama warga SIC.




Tuan Pengetua, Tn Hj Saipuddin sedang menjamu selera di gerai KGKT.


Kupon : RM10


Wajah-wajah keriangan..

Antara bahan dagangan..
Kepada semua yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung, diucapkan ribuan terima kasih dan seribu kemaafan dihulurkan andai ada kekurangan.Semoga kita bertemu lagi dalam acara yang sama tahun hadapan.
.
.