Tuesday, November 16, 2010

Last Day Of School

Today 16.11.2010 is the last day of school for the year 2010. The total of 194 days full of classes, extra classes, workshops, talks, sports events, musical/cultural events, spot-checks..etc..etc..ends today. A year has gone by. May it had been a good year to all of you. With God's will, let us look forward to the year 2011 and make it a better year..shall we?!!

It is indeed a long holiday for all of us EXCEPT for Form 5 & Form 6 students. Stay cool you guys. Focus on your upcoming examinations. Stay healthy too! Eat well, sleep well and pray hard. Keep yourself alert with the exams timetable. All the best!!!!!

The rest of you guys, have a wonderful holiday. Take a good care of yourselves and......do your homework!!!! :)

Selamat Hari Raya Aidil Adha

&

Happy Holiday !!!

From all of us : The managers and teachers of SIC



Especially from us : ICT teachers



Majlis Pohon Restu Ilahi SPM & STPM 2010

Pada 14.11.2010 telah berlangsung Majlis Pohon Restu Ilahi SPM & STPM 2010. Seluruh tenaga pengajar Maktab Sultan Ismail mendoakan agar setiap pelajar SPM & STPM 2010 akan beroleh kejayaan yang cemerlang. Semoga setiap usaha anda semua akan diberkati Allah s.w.t.

Calon SPM 2010 bersama tenaga pengajar Tingkatan 5..(sila klik gambar untuk imej yang lebih besar)





Malam Anugerah Seni Budaya 2010

Pada malam 4.11.2010, SIC telah julung-julung kalinya mengadakan Malam Anugerah Seni Budaya 2010 untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar Seni dan Kebitaraan di atas segala jasa dan bakat mereka selama ini. Majlis ini juga meraikan malam jamuan akhir tahun guru-guru SIC
Ianya merupakan malam yang cukup meriah dengan persembahan pelajar-pelajar, guru dan VIP. Semoga dapat diteruskan pada tahun-tahun yang mendatang. Tahniah

Pasukan silat sedang beraksi untuk persembahan menyambut ketibaan VIP-VIP dan para jemputan
Ketibaan Yang Berusaha Puan Ashah bt Samah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau diiringi oleh Pengetua SIC, Yang Berusaha Tn Hj Saipuddin b Abdullah.

Tn Hj Saipuddin, Pengetua SIC sedang memberikan ucapan alu-aluan pada malam itu.

Pn Ashah bt Samah sedang memberikan ucapan dan merasmikan Malam Anugerah Seni Budaya dan Jamuan Tahunan SIC 2010.



"Bunga Tanjung si bunga teratai


Dibawa puan ke pangku sila


Gurindam lagu ayunan gemalai


Tanda acara bau bermula"




Persembahan 1 Malaysia dengan lagu Jingkling Nona, Ayam Den Lapeh dan Sway






Penyampaian Anugerah Seni Budaya SIC yang disampaikan oleh Tn Hj Nashruddin Talib, Ketua Sektor Pend.Swasta dan Pendidikan Khas, JPN Kelantan

Persembahan Drumline SIC yang hangat dan segar


AJK Visual yang mantap; Ustaz Zahari dan En Haderami. Good work!

Persembahan tarian pelajar SIC dan pelajar seni dan kebitaraan

Kemuncak Finale dengan 3 lagu Joget; disertai tetamu-tetamu VIP dan AJK Malam Anugerah Seni Budaya


Majlis berakhir pada pukul 10.45mlm dan hadirin pulang dengan
kenangan persembahan yang menghiburkan. Tahniah kepada semua penerima anugerah dan warga kerja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.



Wednesday, November 10, 2010

Lawatan Sambil Belajar

Pada 25hb Julai 2010 Persatuan Pendidikan Islam SIC telah menjayakan lawatan sambil belajar ke Mahkamah Syariah Kota Bharu bertempat di Balai Islam, Lundang. Pelajar-pelajar dan guru-guru diberi peluang untuk mengikuti secara lansung perbicaraan yang dijalankan pada hari tersebut.


Seramai 35 orang ahli persatuan diketuai oleh Muhammad Aiman Azhan diiringi oleh 3 guru pengiring iaitu, Ustaz Zahari Deraman, Ustaza Fittriyah dan ustazah Nazirah.


Rombongan SIC

Ustaz Zahari penyampaikan cenderahati kepada En Abu Bakar Kutti, Pendaftar Mahkamah Syariah Kota Bharu.

Dewan Perbicaraan.


Majlis Pohon Restu Ilahi PMR 2010

Majlis telah dilangsungkan pada 30hb September 2010. Bertempat di masjid Maktab Sultan Ismail. Seramai 194 orang calon PMR ( termasuk 2 calon bukan Islam ) bersama ibu dan bapa masing-masing telah menhambil bahagian dalam majlis tersebut. Majlis bermula pada jam 7.45 pagi.

Upacara majlis dimulakan dengan bacaan Yaasin dan disusuli dengan solat hajat yang telah diimamkan oleh Ustaz Sai'bon B Ismail daripada MAIK. Selesai solat hajat, para hadirin diraikan dengan majlis sarapan ringkas.

Semoga hajat setiap pelajar, ibubapa dan guru-guru diperkenan Allaw s.w.t..InsyaAllah..