Friday, December 31, 2010

Ahad 02.01.2011 Diisytiharkan Sebagai Cuti Umum

Sempena meraikan kejayaan Pasukan Bola Sepak negara menjuarai AFF Suzuki Cup, Ahad 02.01.2011 diisytihar sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan. Berikut adalah sistem maklumat ringkas atau SMS yang diedarkan oleh pihak PPD.

Masih belum terlewat untuk kita semua mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya kebanggaan negara..tahniah! tahniah! tahniah!


"Semua PPD seluruh Kelantan;
Saya diarah memaklumkan bahawa Hari Ahad 02 Januari 2011 diisytiharkan hari cuti umum. Oleh itu Sesi Persekolahan 2011 bermula pada 3 Januari. Sila maklumkan kepada semua Pengetua dan Guru Besar dalam PPD masing-masing. Walau bagaimana pun sila pastikan ada guru ditugaskan memberitahu ibu bapa dan pelajar di sekolah masing2 pada pagi Ahad nanti. Terima kasih. Sk: YABrs Tuan Pengarah JPN Kel."


Catatan TS

Tuesday, December 28, 2010

2011 : Amanat dari Tuan Pengetua

Amanat dan kata-kata aluan dari Tuan Pengetua Maktab Sultan Ismail, Tn Hj Saifuddin bin Abdullah sempena Mesyuarat Guru 2011 kali pertama

Amanat dan kata alu-aluan:

Tuan Pengetua Maktab Sultan Ismail

Alhamdulillah, dengan kasih sayang Allah Taala, kita dapat bertemu lagi pada tahun ini untuk meneruskan agenda kita yang mulia iaitu memanusiakan manusia dalam proses membina generasi yang terbilang. Tidak terlewat kiranya untuk saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 dan Salam Satu Malaysia kepada semua guru dan warga Maktab Sultan Ismail.

Mengimbas kembali perjalanan kita sebagai guru pada tahun 2010, kita sesungguhnya telah melalui fasa yang cukup unggul dalam pelbagai bidang sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan PMR, SPM dan STPM sebenarnya memanifestasikan neraca kesungguhan, komitmen dan sikap dedikasi para guru untuk menterjemahkan sasaran Key Perfomance Indicator (KPI) sebagaimana yang ditetapkan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Meskipun cabaran yang kita hadapi bukan sedikit, tetapi semangat kerja sepasukan dan keikhlasan yang tinggi, tiada lurah yang tidak mampu kita turuni dan tiada gunung yang tidak mampu kita daki. Kita berupaya membuktikan Maktab Sultan Ismail terus unggul dan dirasai kewujudannya dalam dunia pendidikan di Kelantan dan di peringkat kebangsaan. Pengiktirafan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan memberi peluang untuk kita terus maju ke hadapan bukan sahaja dalam bidang kebitaraan tetapi meliputi aspek pembangunan fizikal sekolah dan kemantapan sahsiah para pelajar.

Tahun 2011 pastinya menjanjikan menjanjikan cabaran dan peluang yang lebih besar. Saya percaya kita semua berkongsi satu impian untuk melakarkan satu lagi sejarah gemilang Maktab sultan Ismail untuk menempatkan diri sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Sudah tentu cabarannya bukan sedikit, namun saya penuh yakin para guru Maktab Sultan Ismail mampu menggalas impian murni ini demi memartabatkan Maktab kita ke persada pendidikan yang lebih unggul.

Saya juga mengambil kesempatan di sini untuk menyeru semua warga pendidik meningkatkan tahap profesionalisme keguruan dalam menjalankan tugas dan khidmat bakti kepada para pelajar. Kecanggihan teknologi dan cabaran globalisasi yang banyak mewarnai kehidupan pada hari ini, perlu disambut dengan penguasaan dan penerokaan teknik –teknik pembelajaran yang terkini. Sematang usia Maktab Sultan Ismail yang mencecah usia 75 tahun, para guru sewajarnya bersiap-siaga untuk menggalas tradisi kecemerlangan Maktab Sultan Ismail, agar tahun 2011 yang bakal kita hadapi dapat dilestarikan dengan kecemerlangan yang membanggakan kita semua.

Akhir kata, saya mengucapkan selamat bertugas kepada semua warga Maktab Sultan Ismail dengan harapan semoga segala usaha kita diberkati dan direstui oleh Allah Taala.

Sekian dan terima kasih.

( HAJI SAIPUDDIN BIN ABDULLAH)

Pengetua

Maktab Sultan Ismail

Sekolah Kluster Kecemerlangan.

( diambil dari Manual Pengurusan Maktab 2011)




catatan oleh: cikgumath

Thursday, December 23, 2010

Keputusan PMR 2010













Keputusan PMR 2010

Tahniah kepada semua 53 orang pelajar yang memperolehi keputusan semua A.
dan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua guru-guru PMR 2010 daripada semua warga SIC



matapelajaran

bil A

%

bil B

%

bil C

%

bil D

%

bilE

%

Jum

GP


B.Melayu

159

83%

33

17%

0

0%

0

0%

0

0%

192

1.17


B.Inggeris

76

40%

106

55%

10

5%

0

0%

0

0%

192

1.66


Matematik

178

93%

13

7%

1

1%

0

0%

0

0%

192

1.08


Sains

165

86%

27

14%

0

0%

0

0%

0

0%

192

1.14


Sejarah

183

95%

9

5%

0

0%

0

0%

0

0%

192

1.05


geografi

188

98%

4

2%

0

0%

0

0%

0

0%

192

1.02


Kemahiran Hidup

189

98%

3

2%

0

0%

0

0%

0

0%

192

1.02


P.Islam

141

74%

46

24%

3

2%

0

0%

0

0%

190

1.27


Bahasa Arab

36

90%

4

10%

0

0%

0

0%

0

0%

40

1.10


GPS












1.17


Analisis PMR Perseorangan


Keputusan

9A

8A

7A

6A

5A

4A

3A

2A

1A

0A

Jum



Bil.

24

36

71

31

13

13

3

1

0

0

192



Peratus

13%

19%

37%

16%

7%

7%

2%

1%

0%

0%







catatan oleh cikgumath