Tuesday, January 25, 2011

Program Transformasi Minda Calon PMR 2011

Program Transformasi Minda Calon PMR 2011
Selasa, 25.01.2011
10.30 - 1.30 Tengahari
Dewan Tengku Mahmud



Program kecemerlangan pendidikan dan jati diri perlu dilaksanakan secara sistematik serta berterusan bagi memastikan pelajar dibangkit dan dianjakkan paragdima serta digerakkan usaha mereka ke arah pencapaianprestasi akademik serta kemenjadian manusia terbaik selaras sasaran SEMUA CALON PMR 2011@195 ORANG MEMPEROLEHI PENCAPAIAN SEKURANG-KURANGNYA 6A, TANPA C,D ATAU E bagi mana-mana subjek yang didaftarkan. Program ini dikendalikan secara intergrasi dengan kerjasama JK Kecemerlangan PMR 2011,Unit Bimbingan Kaunseling,PIBG dan NGO.

Rasional:
Program ini memberi fokus kepada peningkatan motivasi, jati diri serta kemahiran belejar yang efektif, yang mampu menyumbang kepada peningkatan peratusan pencapaian A dalam semua subjek bagi calon PMR 2011 seramai 195 orang.


Objektif :
Diharapkan dengan terlaksananya program ini pelajar akan :
* Meningkatkan motivasi diri
*Meningkatkan kemahiran dan teknik belajar efektif
*Menjadikan satu platform perbincangan tulus ikhlas diantara calon PMR 2011 dengan fasilitator demi melastarikan kecemerlangan PMR 2011
*Menaikkan semangat pelajar ke tahap maksimum untuk memperolehi pencapaian cemerlang dalam PM

PKP sedang memberi ucapan perasmian program.


Monday, January 24, 2011

Tsunami

Ada perubahan ketara yang telah berlaku. Tsunami mungkin. Tsunami melanda bilik guru SIC. Angin perubahan bertiup. Tiupan yang membawa ke arah perubahan. Perubahan positif tentunya. Kedudukan guru-guru di bilik guru telah dirombak besar-besaran. Guru-guru yang mengajar Tingkatan 6 telah dipindahkan dan ditempatkan di tingkat satu bangunan yang sama. Guru-guru yang masih di bilik guru asal telah dikumpulkan mengikut Jabatan masing-masing. Bermula dengan Jabatan Bahasa/Department of Languages, Jabatan Sains dan Matematik/Department of Maths & Sicence dan Jabatan Sains Sosial/Department of Social Science. Keadaan tak ubah seperti kapal pecah sepanjang proses relokasi tersebut.

Berganding bahu..

Berselerak..sekejap sahaja tau..

Sapu-sapu..lap-lap..mop-mop..tolak-tolak..tarik-tarik..susun-susun..

Seorang pun tak terkecuali..

Kepenatan..?

Pelajar yang ringan tulang juga menghulurkan bantuan..terima kasih ya..

Haaa...ini hanya sebahagian kecil sahaja hasil mahsul yang dikumpulkan sebelum dibuang..



Mahu tahu bagaimana rupa bilik guru sekarang ?? Come and pay us a visit!!!!

Gotong Royong Perdana


Sempena hari persekolahan pada hari Sabtu lalu, SIC telah menganjurkan satu program : Program Gotong Royang Perdana Sempena Pencegahan Denggi dan Chikugunya. Seluruh warga SIC terlibat dalam program tersebut.



Walaupun ianya berlangsung pada hari Sabtu, namun kami pihak SIC sangat berbangga dengan peratus kehadiran pelajar pada hari tersebut. Lihat sahaja gambar di atas, semasa perhimpunan ringkas sebelum bermula program gotong royong, limpahan pelajar hingga di bahagian luar Dewan Tengku Mamood!! Well done boys!! We are proud of you guys!!

Setiap inci tanah jajahan SIC telah dibersihkan..

Kaki lima blok bilik guru..

Dalam bilik guru..

Sekitar padang kebanggaan kami..

Di tepi bangunan gelanggang skuasy..

Dari blok ke blok..

Perabot yang telah rosak dikumpulkan setempat..

Gelanggang tennis..

Taman-taman..dalam hati ada taman??..

Di tepi Dewan Tengku Mahmood..

Berhampiran blok pentadbiran..


Pihak SIC mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap pelajar, guru dan kakitangan SIC yang telah sama-sama menjayakan program murni ini.

Monday, January 17, 2011

Sports Ptactice

16 January 2011, a new chapter for sport program in SIC with the new and fresh spirit. We began with the first cross-country run practice for all sport houses :

Brave Baker
Magnificient Mahmood
Majestic Mahyideen
Incredible Ibrahim
Wonderful Wong



Colourful..

It was a hot evening but the boys were hotter with the joyful spirit of running here and there.

Warming up session to loosen up their muscles maybe next time to tone up their muscle!

There'll 3 practice sessions before the SIC Cross Country Event on this coming January 27th 2011.
.

Program Sifar Ponteng 2011

Program telah diadakan pada 16.01.2011, Ahad bertempat di Dewan Tengku Mahmood. Perasmian program telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua, Tn Hj Saipuddin B Abdullah.

Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi membanteras kes ponteng sekolah di kalangan pelajar SIC. Adalah diharapkan kecemerlangan pencapaian akademik dan sahsiah pelajar dapat di capai apabila masalah ponteng berjaya diatasi.

Slogan Program Sifar Ponteng 2011 :



"KITO PAKAT THUMAH SKOLOH"



Tuesday, January 11, 2011

Banjir ?? Flood??

Thursday 06.01.2011.

A non-stop rain for about 2D2N had created a very rare scenery around our school compound. These are a few shots taken last Thursday.

Beautiful isn't it? Crystal clear.. :)


o..o..should have brought slippers eh?



First Day of School

04.01.2011 - Monday. Welcome back to school boys and girls! .. and teachers too! May 2011 be a much better year for all of us.


Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu Sessi 2011

Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu bagi Sessi 2011 telah berlangsung pada 01.01.2011 hari Sabtu di Dewan Tengku Mahmood.





Taklimat kepada ibu bapa dan pelajar Tingkatan Satu. Pihak Maktab mengucapkan selamat datang dan selamat menjadi warga Maktab Sultan Ismail.

* Sehingga 11.01.2011 terdapat seramai 195 pelajar Tingkatan Satu dan sebanyak 8 kelas Tingkatan Satu.