Thursday, December 22, 2011

Tahniah Pelajar PMR 2011


22/12/2011
Pengumuman Keputusan Peperiksaan Menengah Rendah ( PMR ) seluruh negara
Maktab Sultan Ismail sekali lagi mencipta kegemilangan dalam PMR 2011 di mana seramai 69 calon telah mendapat keputusan semua A. Pihak Maktab mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar PMR 2011. Kejayaan anda menjadi kebangaan kami semua para guru SIC.
Peratus: 100%

GPS: 1.177

GPS Setiap Mata Pelajaran

BM 1.30
BI 1.33
Mate 1.08
Sains 1.10
Sej 1.08
Geo 1.05
KH 1.03
PAI 1.46
BA 1.05

Gambar sebahagian pelajar yang cemerlang dengan mencatat keputusan cemerlang




Suasanma sibuk di dalam bilik guru ketika keputusan tiba.


Ucapan daripada PK Pentadbiran Tn. Hj. Zulkifli b Mohd Daud sebelum keputusan diumumkan.


Pelajar menerima keputusan peperiksaan daripada PK Pentadbiran.


Suasana ketika penyerahan slip peperiksaan


Mengabadikan kenangan terindah ketika penyerahan slip peperiksaan


Bergambar bersama pelajar cemerlang


Sesi menjamu selera selepas majlis penyerahan slip peperiksaan PMR

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pelajar, guru-guru, ibubapa dan semua yang terlibat.


Sunday, September 11, 2011

Hari Keluarga SIC 2011



Kelab Guru dan Kakitangan Maktab Sultan Ismail telah mengadakan Hari Keluarga SIC 2011 bertempat di Sweet Beach Resort Tok Bali pada 9 - 10 September 2011.
Sambutan menggalakkan diterima daripada semua guru dan kakitangan.

Acara yang dijalankan ialah
BBQ
Sukaneka
Dan Tautan Silaturrahim


KGKT Mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli KGKT dan semua yang terlibat dalam menjayakan Hari Keluarga Kali ini.

Monday, August 22, 2011

Aktiviti Ramadhan SIC




Aktiviti Sepanjang Minggu Ini

1. Majlis Khatam al-Quran (23/8/2011)
2. Majlis Iftar Jamaie ( 23/8/2011)
3. Majlis Pembahagian Zakat dan sumbangan (24/8/2011)
4. Majlis Di Ambang Raya-Salam Ukhuwwah (25/8/2011)



Pihak Maktab mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang
dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.


Monday, August 1, 2011

Bacaan Yasin Ambang Ramadhan

Majlis Bacaan Yasin telah diadakan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Antara pengisian yang dilakukan ialah
- Bacaan Yasin
- Tazkirah awal Ramadhan

Majlis ini diadakan bertujuan untuk mendidik pelajar hampir kepada Kalam Allah dan menjadikan amalan membaca al-Quran sepanjang bulan Ramadhan.


Pelajar Khusyuk Membaca Al-Quran


sudut pandangan lain...

Guru-guru wanita yang turut serta dalam majlis bacaan yasin


Bacaan Doa dipimpin oleh Ustaz Abdullah bin Zakaria.


Ceramah/Tazkirah juga disampaikan oleh Ustaz Abdullah b Zakaria


Pelajar mengaminkan doa.


Doa yang dipohon dengan hati yang ikhlas akan menjanjikan balasan yang setimpal daripada Ilahi

Terima kasih diatas keterlibatan semua pelajar..

Sunday, July 31, 2011

Pelancaran Tabung Ihya' Ramadhan, Hari Anugerah Kecemerlangan dan Bacaan Yasin Perdana Awal Ramadhan


Maktab Sultan Ismail sekali lagi mengadakan Ceramah Di Ambang Ramadhan dan juga Pelancaran Tabung Ihya" Ramadhan 2011. Pelancaran dilakukan oleh Yang Berusaha Tuan Pengetua Maktab Sultan Ismail.


Ketua Panitia Pendidikan Islam menyampaikan ucapan sempena majlis tersebut

Ustaz Muhammad bin Saad bersama dengan penceramah jemputan Ustaz Abdul Aziz bin Yahya ( Penceramah Bebas )


PKP Tn Hj Zulkifli bin Mohd Daud merasmikan Tabung Ihya' Ramadhan

Guru-guru yang sedang mendengar ceramah dengan penuh khusyuk

Penceramah Jemputan menyampaikan ceramah beliau mengenai dengan persiapan menghadapi bulan Ramadhan.

Titipan cenderahati dari PK HEM En. Lokman Zakey b Hashim kepada penceramah jemputan




Hari Anugerah Kecemerlangan Maktab Sultan Ismail



Suasana pendaftaran Hari Anugerah Kecemerlangan dan juga Mesyuarat Agung PIBG kali ke 34 Maktab Sultan Ismail

AJK PIBG dan juga pentadbir maktab menunggu kedatangan kehormat Dato' Sri Mustapa Muhammad

Dato' Sri Mustapa Muhamad ( Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ) di sambut oleh NYDP PIBG Dato' Ab Aziz bin Derashid.

Minum Pagi sebelum merasmikan Hari Anugerah Kecemerlangan


Dato' Sri diiringi Tuan Pengetua menuju ke Dewan Tengku Mahmud



Ucapan Perasmian


PK-PK dan juga Guru Kanan Maktab Sultan Ismail


Titipn Cenderahati kepada Dato' Sri Mustapa Muhamad daripada Tuan Pengetua SIC


Ibu kepada Liew Hong Kheng yang menerima hadiah kecemerlangan 10A+ dari Dato' Sri Mustafa Muhamad


Penyampaian anugerah diiringi dengan alunan muzik gamelan daripada pelajar Muzik SIC


Wakil pelajar cemerlang ( Imran bin Ariffin )

Perjalanan majlis berjalan dengan lancar dan tertib. Sekalung terimakasih kepada semua para tetamu dan juga ibubapa serta guru-guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Jazakallahu Khairan Khathira.




Saturday, June 25, 2011

Agenda 26 - 30 JUN 2011


Program SIC sepanjang minggu depan :

1. 26/6 (Ahad) - Ceramah Isra' & Mikraj dan Penyerahan slip PKBS 2 (T1). Kelas Pengukuhan SPM- Jadual A.
2. 27/7 (Isnin) - Majlis Persaraan Mr. Eyu Foo On
3. 28/6 (Selasa) - Penyerahan slip PKBS 2 (T2)
4. 29/6 (Rabu) - Penyerahan slip PKBS 2 (T4)
5. 30/6 (Khamis) - Perkongsian Pintar Pelajar PMR, SPM & STPM bersama-sama Pegawai JPN
6. 3/7 (Ahad) - Penyerahan slip PKBS 2 (T3)

Thursday, May 19, 2011

Lawatan Penanda Aras 2011


Maktab Sultan Ismail telah mengadakan Lawatan Penanda Aras 2011 ( 5 - 7 Mei ) Kedah dan Pulau Pinang. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi dan menimba ilmu daripada sekolah-sekolah yang tersohor di dalam bidang masing-masing. Lawatan disertai oleh semua guru dan staf SIC selama 3 hari.



Bergambar kenangan di pintu masuk Penang Free School

Taklimat disampaikan oleh guru Penang Free School

Penyampaian cenderahati Penang Free School kepada pengetua SIC

PKP Menerima Cenderahati dari pihak Penang Free School

Gambar Versi Warna

Pintu Masuk SMKSA

Disambut oleh Puan Pengetua SMKSA yang hebat bersama pengetua SIC yang tidak kurang hebatnya.

Sambutan oleh pihak SMKSA.

Taklimat oleh pengetua SMKSA

Bergambar kenangan di SMKSA yang unggul pencapaian akademik dan juga kokurikulumnya.

Kolej Sultan Abdul Hamid

Prasarananya menyamai dengan SIC. Bangunan warisan yang harus dikekalkan

Sambutan daripada PKP KSAH

Sesi Taklimat dari pihak KSAH

Cenderahati dari KSAH kepada Pengetua SIC

Beriadah di Pekan Rabu Alor Star.

Berhenti rehat selepas membeli belah.

Salah satu gerai ubat-ubatan yang dikunjungi oleh guru SIC

PKP dan Kaunselor yang melepaskan penat.

Lawatan yang dijalankan berjaya mencapai matlamat dan perkongsian ilmu yang didapati diharap akan dapat diterapkan dan dipraktikkan di SIC

SIC
"We Strive For Excellence"