Wednesday, January 2, 2013

Taklimat terakhir Tuan Pengetua

1 Januari 2013 Hari pertama persekolahan 2013, dan hari yang mencatatkan sejarah yang besar bagi SIC. Pada tarikh ini Tuan Pengetua Cemerlang DG54, Tuan Hj Saipuddin Bin Abdullah dengan resminya telah memulakan tugasnya di sekolah baru iaitu SMK Penambang setelah bertugas dengan cemerlang selama hampir 7 tahun di SIC. Tempat beliau telah di ambil alih oleh En Razuki Bin Sulaiman yang sebelum ini telah berkhidmat sebagai Pengetua SMK Nipah, Bachok, Kelantan.


Walau bagaimana pun, Tn Hj Saipuddin bersempatan bersama-sama guru-guru SIC di dalam sessi taklimat yang diadakan pada jam 2.00 petang. Di dalam majlis tersebut Tn Hj Saipuddin mengambil kesempatan untuk memohon maaf daripada semua guru-guru di atas semua salah silapnya semasa beliau menjalankan tugas di SIC.
taklimat terakhir oleh Tn Hj Saipudin Bin Abdullah
"Taklimat Guru Kedua 2013, suasana sedih dan pilu menyelubungi hati semua tenaga pengajar di SIC apabila dikhabarkan tentang berita pertukaran Tuan Pengetua Cemerlang DG54, Tn. Hj. Saipudin b. Abdullah ke SMK. Penambang, Kota Bharu yang berkuat kuasa pada hari ini (1/1/2013). Hampir 7 tahun Tn. Hj. menjadi pengetua di SIC, pastinya kami berasa satu kehilangan yang besar kerana Tn. Hj. merupakan seorang pentadbir yang 'sporting' dalam segenap segi"
(gambar dan ulasan: Kredit kepada Pn Ivi Marlinda via facebook)




Selamat Bertugas di tempat baru... semoga sekolah baru memberikan kekuatan baru dan mencetuskan kejayaan yang lebih gemilang di dalam sejarah perkhidmatan Tuan.








catatan oleh NH.