Sunday, November 15, 2009

Majlis Solat Hajat & Restu Ilmu Calon SPM 2009

Majlis Solat Hajat & Restu Ilmu Calon SPM 2009 telah berlangsung pada hari Khamis 12 November 2009 bertempat di Masjid SIC & Dewan Tg Mahmud.





Bismillahirrahmanirrahim

Terima Kasih Yang Di Muliakan Tuan Pengerusi Majlis

Barisan Guru-Guru Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 yang amat disayangi,

Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, kita masih lagi diberikan kesempatan untuk bersama-sama berkumpul pada hari ini bagi menjayakan Majlis Restu Ilmu Calon-Calon SPM dan STPM MSI 2009 untuk kesekian kalinya.

Rakan rakan yang di kasihi sekelian,

Pada hari ini,terlebih dahulu saya ingin mengingatkan diri saya sendiri dan juga rakan-rakan sekelian bahawa kita sebenarnya sudah tiba di medan pertempuran perjuangan kita sebagai seorang pelajar.Bulan demi bulan , hari demi hari jam demi jam di hitung dengan begitu teliti bagi menantikan tarikh keramat 18 Nov 2009.Persoalannya disini,adakah kita sudah benar-benar bersedia untuk menempuhnya dengan penuh yakin dan bersemangat?Justeru,dengan hanya berbaki beberapa hari sahaja ini sebelum kita menempuh peperiksaan yang sebenar ,saya ingin menyeru kepada rakan-rakan sekelian untuk kita sama-sama melakukan pecutan terakhir semampu kita supaya kita dapat bersama-sama menggengam kejayaan.

Sesungguhnya kita datang ke sekolah dengan segunung harapan baik daripada ibu bapa keluarga sahabat mahupun guru-guru yang mengharapkan kita semua melakukan suatu kejutan,bukan untuk mereka tetapi untuk diri kita sendiri.Kalau sekiranya kita tidak mampu pulang dengan segunung kejayaan,sekurang-kurangnya pulanglah dengan segenggam keberhasilan.Tiada apa yang lebih bernilai bagi ibu bapa yang telah menyekolahkan kita selama sekurang-kurangnya 11 tahun melainkan melihat anak-anaknya membawa pulang hadiah kejayaan.

Guru-Guru yang dihormati sekelian,

Bagi mewakili seluruh pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 Atas pada tahun ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf daripada guru-guru sekelian andai kata kami terkasar bahasa,tersilap bicara, dan berperilaku buruk berlaku sepanjang kebersamaan kita selama ini.Kami ingin guru-guru tahu bahawa jauh di sudut hati kami,kami tidak pernah berniat untuk melukai hati mu guru yang sudah kami anggap sebagai ibu dan bapa kami di sekolah

Tidak lupa juga,kami ingin merakamkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru sekelian kerana telah mendidik dan mengasuh kami dengan penuh sabar sepanjang kami bermaustatin di sini selama lima tahun.Suka saya mengingatkan disini kepada diri saya dan juga pelajar-pelajar sekelian mengenai peranan seorang guru sebagai pendidik yang bukan sahaja bertanggungjawab dalam memastikan kejayaan akademik kita malah turut memainkan peranan sebagai pembentuk sahsiah dan akhlak seseorang pelajar.

Guru-Guru,

Dengan perasaan rendah diri,kami ingin memohon agar guru-guru menghalal dan merestui semua ilmu yang telah dicurahkan kepada kami.Insya-Allah ilmu yang di perturunkan,akan kami manfaatkan sebaik mungkin.Doakan agar kami mendapat kejayaan yang cemerlang dalam SPM

STPM dan seterusnya dalam hidup kami di dunia ini lebih-lebih lagi di akhirat nanti.Janganlah kita putuskan silaturahim yang telah terbina erat ini dan,nantikanlah kedatangan kami ke SIC pada tahun-tahun mendatang bukan sebagai pelajar,tetapi sebagai doktor,akauntan, jurutera,arkitek mahupun ahli politik atau Perdana Menteri dari Kelantan yang pertama yang di segani ramai.

Hadirin sekelian,

Tidak sempurna juga rasanya kalau saya tidak menzahirkan disini rasa terima kasih pelajar-pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6 Atas kepada pentadbir dan Unit Kecemerlangan SPM dan STPM 2009 atas segala perancangan aktiviti yang turut menjadi pelengkap kepada ramuan kejayaan kami.

Kenangan manis mengungkai sisipan,

Sisipan mengungkap bicara hati,
Bicara hati mengukir kenangan,
Kenangan SIC 2005-2009 didakap dalam memori.

Sebagai mengakhiri ucapan terakhir saya ini sebagai Ketua Pelajar bagi sesi 2009,saya ingin mempersilakan rakan-rakan sekelian untuk kita sama-sama berdiri dan memberikan tepukan yang paling gemuruh dan penuh bersemangat kepada semua guru yang berada di hadapan kita pada hari ini sebagai tanda penghargaan terima kasih tidak terhingga atas jasa yang telah di taburkan.

Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Sekian wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Selamat Maju Jaya!Salam 1Malaysia.




Ucapan Wakil Guru: Pn Juriana

Program Qiamullail dan Rehat Minda Calon SPM 2009



Program Qiamullail dan Rehat Minda Calon SPM 2009 telah dilangsungkan di PCB Resort pada 8 dan 9 November 2009. Program ini merupakan program anjuran Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit Kecemerlangan SPM, PIBG dan Kooperasi Maktab.

Program ini diharap dapat membantu pelajar menghadapi peperiksaan SPM dengan lebih tenang dan yakin. Alhamdulillah semua yang telah dirancang, berjalan dengan lancar.

Bagi pihak penganjur, jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsaung.















Monday, October 5, 2009

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN RESTU ILMU CALON-CALON PMR 2009

IbuBapa dan calon mengambil tempat sementara menunggu untuk majlis solat hajat

MengAMINkan bacaan doa oleh Imam Masjid Telipot.


Bacaan Yasin yang diketuai oleh Imam Masjid Telipot.

Bacaan Yasin secara beramai-ramai.


Memohon restu dan berkat dari Tok Imam


Jamuan Nasi lemak - disediakan kepada Ibu bapa yang hadir.


Pelajar-pelajar berbaris untuk memohon restu dari para guru


Pesanan dan Amanat akhir dari Pengetua SIC


Ust. Anuar membacakan doa memohon kpd yg ESA agar calon-calon diberkati


PKP memberi petua dan "buah kilah" kpd calon-calon PMR


S/U Kecemerlangan PMR turut memberi beberapa petua sebelum peperiksaan PMR


M. Aiman Hau selaku Wakil Pelajar menyampaikan ucapan dan memohon restu daripada para guru.



Sama-sama mengAMINkan doa semoga diberkati.


Eeeiiii.... penatnya dengar coloteh cikgu!!! Bila nak habis ni????


Barisan guru-guru PMR



Majlis diadakan pada hari Ahad, 4hb. Oktober, 2009 dari jam 7.30 pagi sehingga 1.30 petang. Ia merupakan program tradisi Maktab dan Unit Kecemerlangan PMR.
Antara objektif program ini ialah :-
- Mendidik para pelajar sentiasa mendekatkan diri kpd ALLAH
- Menyemai sikap suka dan sentiasa bermunajat kpd ALLAH
- Memupuk semangat kerjasama & mahabbah antara guru, Ibubapa & pelajar
- Mendidik pelajar sentiasa merendah diri, mesra & menghormati guru
- Memastikan pelajar tidak angkuh & sombong apabila berjaya.
















MAJLIS HARI RAYA BERSAMA PELAJAR CEMERLANG PERCUBAAN PMR 2009

Calon PMR mendengar ceramah motivasi di Masjid SIC


Ceramah diadakan sempena sambutan Hari Raya Peringkat SIC


Calon Cemerlang bersama dengan guru mereka sedang menikmati hidangan.




Pihak Pentadbir dan AJK PIBG turut serta meraikan pelajar Cemerlang Percubaan PMR


Turut Kelihatan S/U Kecemerlangan PMR bersama-sama dengan calon cemerlang PMR


Antara barisan guru-guru yang mengajar tingkatan 3



Majlis Hari Raya Bersama Pelajar Cemerlang PMR 2009 telah diadakan pada 28hb. September 2009 ( Isnin) bertempat di Restaurant Raudah. Hotel Ansar. Kota Bharu.

Majlis ini diadakan sebagai mengotakan janji yang dibuat oleh Unit Kecemerlangan PMR 2009 dimana pelajar-pelajar yang mendapat STRAIGHT A's dalam Peperiksaan Percubaan PMR 2009 akan diraikan bersama-sama dengan Guru-guru dan AJK PIBG. Ini sebagai satu insentif di atas kejayaan mereka memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan percubaan tersebut. Adalah diharapkan majlis ini akan memberi motivasi kepada semua calon PMR 2009 untuk menghasilkan kejayaan yang cemerlang dalam Peperiksaan PMR yang akan bermula pada 7 hb. Oktober ini.







Thursday, September 17, 2009

Majlis Penyampaian Zakat Dan Penutup Ihya' Ramadhan 2009

17/09/09
Majlis Penutup Ihya Ramadhan dan penyampaian wang zakat kepada pelajar miskin diadakan di Dewan Tengku Mahmood bermula jam 8.00 pagi. Seramai 107 orang pelajar telah menerima wang zakat. Kutipan dan derma daripada Koperasi sekolah, Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan, guru-guru dan pelajar-pelajar telah berjaya mengutip dan mengumpulkan sebanyak RM10,000.00. Hasil kutipan inilah diagihkan kepada pelajar miskin dan juga membiayai program ihya Ramadhan.
Antara pogram yang dijalankan ialah
1. Tadarus Al-Quran
2. Kuiz Agama
3. Ceramah agama
4. Tazkirah Agama
5. Bicara Ramadhan
6. dan banyak lagi
Program ini berjalan dengan jayanya hasil kerjasama semua pihak. Pihak Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Unit penghayatan Islam dan Moral mengucapkan terimakasih kepada Pengetua, semua PK, semua GK, Semua guru dan pelajar-pelajar SIC. Diharap program ini mendapat keredhaan Allah SWT.
Sebelum majlis dimulakan, kelihatan semua guru berada di pentas untuk majlis tersebut.
Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Tn Hj Saipuddin bin Abdullah

Penolong Kanan Pentadbiran bersama dengan Penolong Kanan HEM sedang mendengar ucapan daripada pengetua.

PK Pentadbiran menerima cenderahati daripada PK Ko.

Tuan Pengetua sedang menyampaikan hadiah kepada pelajar yang khatam al-Quran

Antara pelajar yang menerima sumbangan khatam al-Quran

Majlis diserikan dengaan acara bersalaman dengan pelajar. Maaf bermaafan diantara pelajar dan semua guru menyemarakkan lagi majlis pada pagi tersebut. Pelbagai suasana kelihatan dan inilah yang memeriahkan lagi majlis tersebut.

PK HEM bersalaman dengan para pengawas sekolah. Pengawas sekolah telah mendahului acara bersalaman

Kelihatan Tuan pengetua, PK Pentadbiran dan GK Teknik bersama-sama pelajar

Teratur dan tertib majlis tersebut berjalan.

Pelajar perempuan bersama dengan guru-guru perempuan

Suasana ceria dan hiba juga kelihatan antara guru dan pelajar perempuan


Majlis penutup Ihya Ramadhan telah mencapai kejayaan dan mendapat kerjasama daripada semua pihak. Majlis ini merupakan majlis atau acara tahunan di dalam kalendar Maktab Sultan Ismail.
Semua yang terlibat. Jazakallahu Khairan Kathira..
SELAMAT HARI RAYA
Maaf Zahir dan Batin
dari semua Guru, Staf dan Pelajar2 Maktab Sultan Ismail.