Saturday, February 28, 2009

Kursus Kemahiran Jawi

28/02/2009-Maktab Sultan Ismail

Pihak Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Kursus Kemahiran Jawi kepada pelajar Tingkatan 3. Semua pelajar Tingkatan 3 diwajibkan hadir untuk kursus ini. objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan pemahaman yang betul tentang tulisan jawi dan kaedah penulisannya.
Program ini adalah penting kerana penggunaan tulisan jawi pada masa kini semakin terpinggir dan ada sesetengah pelajar tidak tahu menulis dan membaca jawi. Selaras dengan itulah panitia pendidikan Islam MSI telah mengambil inisiatif untuk memberi pendedahan dan membasmikan buta jawi di kalangan pelajar MSI.
Seorang penceramah ( Ustaz Mansur, Guru J-Qaff ) yang berpengalaman tentang tulisan jawi dijemput untuk membimbing dan menerangkan kaedah tulisan jawi kepada pelajar.

Program bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 1.30 petang.
Peserta dibekalkan satu set buku panduan tulisan jawi yang dihasilkan sendiri oleh ustaz Mansur.


Ustaz Mansur sedang memberi penerangan kepada para peserta.

Ceramah beliau diselangseli dengan latihan praktikal yang dipantau oleh ustaz mansur sendiri dan juga seorang pembantu.

Antara Guru Pendidikan Islam MSI yang terlibat dengan program ini. Mereka sedang menyiapkan jamuan pagi untuk penceramah


Penceramah sedang menikmati sarapan pagi


Ustazah yang banyak memberi sumbangan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.


Antara peserta yang sedang mendengar ceramah oleh ustaz Mansur


Begitu tekun melakukan latihan praktikal menulis jawi. Inilah generasi yang akan mewarisi dan memartabatkan tulisan jawi pada masa depan


Sedang diberi tunjuk ajar oleh pembantu Ustaz Mansur


Sedang menjawab soalan yang dikemukakan oleh penceramah


Antara reaksi pelajar semasa kursus

Mengikuti dengan penuh perhatian
moga PMR nanti tiada masalah lagi untuk menjawab soalan jawi



Peserta dipantau dan diawasi oleh pembantu Ustaz Mansur
Diharap program ini akan memberi impak yang baik untuk pelajar.
Terima kasih untuk semua GPI yang terlibat


Wednesday, February 25, 2009

Semburan Fogging Di Asrama

Asrama SIC/MSI telah dikejutkan dengan berita denggi. Seorang pelajar SIC telah diserang demam denggi, pihak kesihatan telah mengadakan semburan fogging untuk menghalang daripada denggi merebak. Sebenarnya pelajar yang terkena jangkitan denggi itu bukanlah pelajar asrama, mungkin berlaku kesilapan kerana pelajar tersebut tidak menulis alamat rumah, maka pihak hospital beranggapan bahawa pelajar tersebut tinggal di asrama.

Namun demikian ada baiknya, setidak-tidaknya sebagai langkah pencegahan untuk pelajar-pelajar asrama. Sebelum ini pun ramai pelajar yang telah demam dan terkena campak. Letih dah rasanya para warden berulang-alik menghantar pelajar ke Klinik Bandar Kota Bharu.

Pihak Asrama berharap agar semburan dapat dilakukan sekerap yang mungkin oleh pihak kesihatan. Kerjasama daripada pihak kesihatan didahului dengan ucapan terima kasih.

Warden dan juga pegawal keselamatan asrama meneliti dan mengarahkan pelajar mengosongkan dorm masing-masing. Cikgu Zurnee dan jaga mengawasi proses mengosongkan asrama

Pelajar-pelajar beredar ke tapak senamrobik untuk membolehkan pegawai kesihatan melakukan semburan kabus pencegah nyamuk aedes

Kawasan sekitar bilik guru juga disembur dengan kabus, Seorang pegawai kesihatan dengan gagahnya memikul mesin penyembur... cayalah bang.

Kawasan sekitar bilik guru

Bilik Guru dipenuhi dengan asap anti nyamuk aedes

Semburan di dalam bilik guru.

Ini bukan kebakaran..... tak payah nak kelam-kabut

semburan sekitar asrama dan dorm


Sekitar asrama puteri, longkang dan tandas menjadi sasaran abang mat sembur nih.


Aspuri tingkat 2


Semburan di dalam bilik rehat aspuri.

Kawasan lapang aspura



Sambil diperhatikan oleh pelajar asrama


Bukan main sukanya dia.... ingat ini pesta ke


Berkumpul di depan masjid Maktab Sultan Ismail sambil menunggu kerja-kerja menyembur selesai

Sempat lagi posing untuk dimasukkan ke dalam blog MSI



Monday, February 23, 2009

Perjumpaan Pelajar Tingkatan 3

23.02.2009- Perjumpaan pelajar tingkatan 3 2009 bersama ibubapa dengan pihak sekolah telah diadakan pada jam 11.00 pagi. Perjumpaan kali ini adalah untuk membincangkan pembelajaran anak-anak pelajar dan ibubapa bersama pihak sekolah. Pihak sekolah telah merancang dan merangka strategi untuk mencemerlangkan pelajar tingkatan 3 2009 dan perancangan ini hendaklah disepadukan dengan kerjasama daripada pihak keluarga pelajar tersebut.

Perjumpaan seperti ini akan diadakan dari masa ke semasa dan sebahagian besar ibubapa tertarik dan bersetuju dengan program yang dirangka

Perjumpaan dikendalikan oleh En. Pathiuddin sebagai penyelaras PMR 2009. Beliau bertanggungjawab menyelenggara dan merancang kecemerlangan dibantu oleh semua guru MSI.





Antara ibubapa yang hadir semasa perjumpaan kali ini.

Sedang khusyuk mendengar penerangan daripada penyelaras PMR 2009

Demi anak-anak, sanggup datang walaupun sibuk dengan tugasan harian.
Anak kecil dibawa bersama.




Loker Baru

23.2.2009- Asrama MSI telah menerima loker baru bagi penghuni asrama. Loker lama ini menggantikan loker kayu terbuka supaya kelihatan lebih kemas dan ceria serta mengelakkan berlaku kehilangan alat tulis yang berluasa.


Nik Nasruddin penyelia asrama sedang meneliti loker yang baru sampai. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap kebajikan pelajar sambil dibantu oleh pn. Fariza dan pekerja-pekerja yang lain.

Ni tukang lihat aje... tak kesian kat member yang angkat loker lama..


Loker lama dipindahkan ke dorm perempuan dan ditempatkan dibilik Prep Asrama perempuan. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.. Bagus kerjasama yang ditunjukkan.

Ketua Warden sedang meneliti kunci-kunci sebelum diagihkan kepada pelajar
Salah seprang pelajar asrama sedang mengemas peralatan sekolahnya semula ke dalam loker baru

Pemilihan kunci loker dilakukan oleh ketua warden sendiri. Pelajar-pelajar sedang menunggu kunci masing-masing.



Majlis Pelantikan Pengawas 2009

Ahad 22/ Feb/2009_ Maktab Sultan Ismail telah mengadakan program Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas 2009 yang dirasmikan oleh Ybrs. Tuan Haji Ismail b Wahab ( diwakili oleh Pegawai JPN )
Majlis berlangsung pada waktu perhimpunan sekolah.


Pengacara Majlis dikendalikan oleh 2 orang kaunselor sekolah.



Tuan Pengetua dan Pegawai JPN yang merasmikan Majlis Pelantikan Pengawas disambut oleh pelajar SIC

Sepanjang acara tersebut tetamu dihidang dengan alunan muzik daripada Kelab Muzik SIC di bawah bimbingan en. Razi Daud dan En. Zulfakar

Ucapan aluan dari Tuan Pengetua En. Saipuddin b Abdullah

Ucapan perasmian dari Pegawai Jabatan Pelajaran Kota Bharu

Para Pentadbir sedang mendengar ucapan daripada perasmi

Pelajar-pelajar berada dalam keadaan tertib ketika mendengar ucaptama daripada perasmi


Guru di SIC

Guru Muzik yang terlibat secara langsung dalam Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas SIC

Guru pengawas yang bekerja keras untuk menjayakan majlis ini. Tahniah

Majlis penyampaian watikah didahului dengan ketua Pelajar Mohd Danial






























Bacaan Ikrar Pengawas SIC diketuai oleh Mohd Danial




Terima kasih kepada perasmi
Terimalah tanda kenangan daripada kami di SIC