Sunday, February 15, 2009

Satu hari dua majlis.

Hari ini 15.02.09 Maktab Sultan Ismail menganjurkan 2 majlis.

1. Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430 peringkat Maktab



Penceramah jemputan : Ustaz Wan Abdul Rahman Bin Wan Ahmad dari
SMK Mahmud Mahyiddin
Acara diadakan di Dewan Tg Mahmud
Masa : 8.00 - 10.00 pagi

Barisan pentadbir sedang mendebgar dengan kusyuk ceramah yang sedang disampaikan.
PKP bertindak sebagai Orang Nombor Satu sementara Pengetua masih dalam proses pemulihan kesihatan. Sebagai makluman, Pengetua Maktab Sultan Ismail baru sahaja dibenarkan pulang setelah hampir seminggu ditahan di HUSM.


Majlis diserikan dengan alunan bacaan ayat al-Quran oleh Amirul Aiman Bin Muda dari kelas 2Jujur.


Dalam Majlis yang sama, Mohamad Danial Fitri B Zulkefli dari 5 Alpha
telah diumumkan sebagai Tokoh Maal HJijrah 1430 peringkat Maktab.
Beliau bukan sahaja cemerlang sahsiah diri dan Ko Kurikulum
malah juga cemerlang dalam akademik.
Beliau berjaya memperolehi 8A dalam PMR 2007 dan mendapat 10A dalam peperiksaan Akhir Tahun 2008.
Warga pelajar Maktab tekun mendengar pengisian majlis.
2. Majlis Perjumpaan Ibubapa Pelajar Tingkatan Lima
Majlis dianjur bertujuan bertemu tiga penjuru antara pelajar,ibubapa dan guru-guru tingkatan lima. Pemilihan kumpulan pelajar yang terlibat adalah berdasarkan keputusan peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan Empat 2008.
Ini adalah antara langkah-langkah awak pihak Maktab membendung masalah kelemahan pelajar dalam menguasai pelajaran dalam persediaan menghadapi SPM 2009. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zahari..semoga majlis mendapat keberkatan Allah swt.
Kaunselor Hafizei bertindak sebagai pengerusi majlis, PKP sebagai penggerak bidang
Kurikulum Maktab

Perbincangan ibubapa dengan guru.

Sebahagian daripada ibubapa yang sudi meluangkan masa untuk berbincang hati ke hati dengan guru-guru tingkatan lima. Kehadiran ibubapa agak mengecewakan di mana
hanya 22 yang hadir daripada 43 yang terlibat..




Sedikit jamuan ringan disediakan setelah Majlis selesai.

Majlis yang bermula 10.30pagi tamat pada 12.30.







7 comments:

  1. very good blog, congratulations
    regard from Reus Catalonia
    than you

    ReplyDelete
  2. tahniah untuk tokoh maal Hijrah...
    tahun depan sape pulak ye..
    boleh booking drp sekarang!
    pencapaian akademik dan ko diambil kira...

    ReplyDelete
  3. terima kasih cg math...terima kasih jugok kepada umi ngn ayah dan semua guru-guru yang telah membentuk saya yang sekarang ini dan saya yang masa akan datang!

    ReplyDelete
  4. Yaikkss..yg tukang upload gmbr nih..x nak say tq ka?huhu

    ReplyDelete
  5. oh ya..nk jgk say..haha..tp supload gmbr mata kuyu tuh..haha.nway thanks!

    ReplyDelete
  6. congrat dan..
    laen kli uplod la pix smat ckit.... hehe..

    ReplyDelete
  7. nk jgk upload pic semak..tp tuey pn setaro tu jh...

    ReplyDelete