Sunday, February 8, 2009

Kursus Peningkatan Profesionalisme Kali Pertama Maktab Sultan Ismail

07/02/09 ( Sabtu )- Maktab Sultan Ismail telah mengadakan Kursus Peningkatan Profesionalisme Kali Pertama, bertempat di IPGMKB. Kursus dijalankan bermula jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang.

Antara Tajuk Kursus ialah Kajian Tindakan, Pedagogi " Masteri Learning", Integrasi ICT dalam P & P.
Kursus ini dirasmikan oleh Ybrs. En. Hashim b Deraman. Pengarah IPGMKB. Beliau amat berbesar hati kerana pihak Maktab Sultan Ismail telah menjemput 2 orang penceramah daripada IPG. Segala perkongsian maklumat diucapkan terimakasih.


Suasana di awal pagi di hadapan bangunan utama IPGMKB

Pendaftaran dijalankan seawal 7.45 pagi. Cikgu Zurnee sedang mengisi maklumat peribadi dan juga kad kehadiran kursus.

Mendapat tunjuk ajar daripada AJK Pendaftaran iaitu Cikgu Selamah Sarif.

Bersantai sambil menunggu sesi pertama dimulakan.

Cikgu Aziz begitu bersemangat untuk memulakan kursus yang pertama diadakan pada tahun ini.


Cikgu Reza dan Cikgu Zulfakar memberi pose intemewa sebelum kursus dimulakan. Jangan nanti tertidur sudahlah.


Pembentangan pertama oleh Pn. Mazinah bt Muda, JLU Negeri. Merupakan seorang Guru Cemerlang Biologi dengan tajuk Kajian Tempatan.



Penyampaian cenderahati daripada Maktab Sultan Ismail.



Sempat menjamu selera walaupun sekeping biskut sambil menunggu penceramah yang kedua.


Sempat lagi menyelesaikan tugasan yang diberikan semasa di sekolah. Menyelesaikan pamplet untuk jamuan tingkatan 3.



Penceramah yang kedua iaitu En Wan Adi dengan tajuk Pedagogi " Masteri Learning". Beliau merupakan seorang pensyarah di IPGMKB.


Sesuatu yang mengeletek perasaan guru-guru. sehinggakan guru-guru tersenyum. Apa nak kata penceramah muda orangnya..



Sempat bertukar2 pendapat sambil menunggu penceramah yang ketiga iaitu Tn. Hj. Aminuddin yang juga merupakan pensyarah IPGMKB dan juga bekas pendidik dari SIC


Pose istemewa dari cikgu Samsudin. Cikgu Zurnee sempat juga meneliti tajuk2 akhbar.. Cari berita apa tu?



Suasana semasa perjalanan kursus

Ucapan PKP semasa majlis penutup.

Perasmian penutupoleh En. Hashim b Deraman. Pengarah IPGMKB.

Jamuan tengahari selepas majlis perasmian penutup

Keluarga bahagia. Sang suami sanggup menemani isterinya untuk menjamu selera ketika majlis jamuan tengahari

Walaupun telah menjalani kursus yang lama, di wajah cikgu Hasilah tetap ceria.. apalagi selepas menjamah makanan yang cukup menyelerakan.

Sekian...

No comments:

Post a Comment