Monday, January 24, 2011

Tsunami

Ada perubahan ketara yang telah berlaku. Tsunami mungkin. Tsunami melanda bilik guru SIC. Angin perubahan bertiup. Tiupan yang membawa ke arah perubahan. Perubahan positif tentunya. Kedudukan guru-guru di bilik guru telah dirombak besar-besaran. Guru-guru yang mengajar Tingkatan 6 telah dipindahkan dan ditempatkan di tingkat satu bangunan yang sama. Guru-guru yang masih di bilik guru asal telah dikumpulkan mengikut Jabatan masing-masing. Bermula dengan Jabatan Bahasa/Department of Languages, Jabatan Sains dan Matematik/Department of Maths & Sicence dan Jabatan Sains Sosial/Department of Social Science. Keadaan tak ubah seperti kapal pecah sepanjang proses relokasi tersebut.

Berganding bahu..

Berselerak..sekejap sahaja tau..

Sapu-sapu..lap-lap..mop-mop..tolak-tolak..tarik-tarik..susun-susun..

Seorang pun tak terkecuali..

Kepenatan..?

Pelajar yang ringan tulang juga menghulurkan bantuan..terima kasih ya..

Haaa...ini hanya sebahagian kecil sahaja hasil mahsul yang dikumpulkan sebelum dibuang..



Mahu tahu bagaimana rupa bilik guru sekarang ?? Come and pay us a visit!!!!

No comments:

Post a Comment