Tuesday, November 16, 2010

Malam Anugerah Seni Budaya 2010

Pada malam 4.11.2010, SIC telah julung-julung kalinya mengadakan Malam Anugerah Seni Budaya 2010 untuk meraikan dan memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar Seni dan Kebitaraan di atas segala jasa dan bakat mereka selama ini. Majlis ini juga meraikan malam jamuan akhir tahun guru-guru SIC
Ianya merupakan malam yang cukup meriah dengan persembahan pelajar-pelajar, guru dan VIP. Semoga dapat diteruskan pada tahun-tahun yang mendatang. Tahniah

Pasukan silat sedang beraksi untuk persembahan menyambut ketibaan VIP-VIP dan para jemputan
Ketibaan Yang Berusaha Puan Ashah bt Samah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau diiringi oleh Pengetua SIC, Yang Berusaha Tn Hj Saipuddin b Abdullah.

Tn Hj Saipuddin, Pengetua SIC sedang memberikan ucapan alu-aluan pada malam itu.

Pn Ashah bt Samah sedang memberikan ucapan dan merasmikan Malam Anugerah Seni Budaya dan Jamuan Tahunan SIC 2010.



"Bunga Tanjung si bunga teratai


Dibawa puan ke pangku sila


Gurindam lagu ayunan gemalai


Tanda acara bau bermula"




Persembahan 1 Malaysia dengan lagu Jingkling Nona, Ayam Den Lapeh dan Sway






Penyampaian Anugerah Seni Budaya SIC yang disampaikan oleh Tn Hj Nashruddin Talib, Ketua Sektor Pend.Swasta dan Pendidikan Khas, JPN Kelantan

Persembahan Drumline SIC yang hangat dan segar


AJK Visual yang mantap; Ustaz Zahari dan En Haderami. Good work!

Persembahan tarian pelajar SIC dan pelajar seni dan kebitaraan

Kemuncak Finale dengan 3 lagu Joget; disertai tetamu-tetamu VIP dan AJK Malam Anugerah Seni Budaya


Majlis berakhir pada pukul 10.45mlm dan hadirin pulang dengan
kenangan persembahan yang menghiburkan. Tahniah kepada semua penerima anugerah dan warga kerja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.



No comments:

Post a Comment