Saturday, April 16, 2011

Futsal Jalinan Mesra



Futsal Jalinan Mesra telah diadakan pada 12 April 2011 di Din Futsal Lundang. Tujuan diadakan Futsal Jalinan Mesra ini ialah untuk mengumpul kembali bekas-bekas tenaga pengajar Maktab Sultan Ismail dan juga merapatkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan bekas-bekas guru dan guru Maktab Sultan Ismail.

Program ini telah dirancang oleh Cikgu Mohd Noor dan Ustaz Zahari dan telah mendapat sambutan yang baik. Hasil usaha yang dilakukan ini telah berjaya mengumpul 40 orang guru dan bekas guru Maktab Sultan Ismail.


Hadiah telah disediakan oleh pihak penganjur yang diperolehi daripada sumbangan guru-guru, koperasi dan pihak PIBG.

Suasana ketika penyampaian hadiah..

Turut menyertai program ini ialah Ketua Unit Sukan JPN Kelantan En Razuki.

Penonton dan pemain yang beraksi

Aksi pemain dan penonton

Program ini akan diadakan dari masa ke semasa untuk mengumpul kembali lebih ramai bekas-bekas guru Maktab Sultan Ismail.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan yang telah memberi sumbangan.


No comments:

Post a Comment