Friday, January 23, 2009

Program Balik Kampung Pelajar Asrama

Khamis~22/Jan/2009- Pihak pengurusan Asrama Maktab Sultan Ismail telah mengadakan Program Balik Kampung bagi pelajar asrama. Pelajar-pelajar yang terpilih ialah pelajar yang berasal dari Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai, Paloh, Chiku, Chalil, Sungai Asap dan Gua Musang.
Seramai 38 orang pelajar terlibat dalam program ini. Pelajar-pelajar dihantar melalui Tanah Merah, Kuala Krai dan seterusnya ke Gua Musang.
Seorang warden ditugaskan untuk menguruskan perjalanan pelajar iaitu ustaz Zahari bin Deraman bersama dengan pemandu Maktab Sultan Ismail En. Johan.
Program ini akan dilaksanakan sebulan sekali dan arah destinasi akan digilirkan antara Gua Musang dan juga Jeli. Sambutan terhadap program ini adalah menggalakkan. Pihak Pengurusan Asrama mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Maktab Sultan Ismail di atas kerjasama yang diberikan. Diharap program ini akan memberi impak yang berguna kepada pelajar Maktab Sultan Ismail.



En. Johan bersedia untuk menghantar pelajar pulang ke kampung halaman masing-masing. Beliau banyak memberi kerjasama kepada pihak asrama SIC. Terima kasih diucapkan.



Semua pelajar nampaknya gembira untuk balik ke kampung masing-masing.




Wajah-wajah ceria pelajar asrama ketika menaiki bas SIC. Perjalanan yang bakal ditempuhi mereka mengambil masa sekitar 4 hingga 5 jam bagi yang tinggal di Gua Musang.



Hanya terdapat 2 orang pelajar puteri yang sama-sama menyertai program ini. seorang di Tanah Merah dan seorang lagi tinggal di Felda Chiku 7, Gua Musang.


Stesyen Bas Tanah Merah. Pelajar yang berasal di Tanah Merah dan Jeli dihantar ke stesyen Bas Tanah Merah untuk pulang ke rumah masing-masing. Ada di kalangan mereka dijemput oleh keluarga mereka di bandar Tanah Merah. Bagi pelajar yang tinggal di Jeli akan meneruskan perjalanan dengan menaiki Bas ke Jeli.



Memunggah beg untuk meneruskan perjalanan dari Tanah Merah ke kampung masing-masing.. Selamat jalan diucapkan dan selamat menyambut Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Chai.






6 comments:

  1. A very good programme indeed!!!!

    ReplyDelete
  2. congratz sic!!to mdrtor..next posting,psl prlmbgaan prefect plop...
    sklh laen akn jealous ngn kita..hehehe

    'BPP MSI MEGAH 2010'

    ReplyDelete
  3. Program bagus sangat2. tapi yang letih ????. demi SIC, apa2 pun boleh

    ReplyDelete