Monday, March 9, 2009

SIC dijadikan tempat Majlis Sukan Rakyat Jajahan KB

Sabtu: 7/3/2009

Padang SIC dijadikan lokasi sukan rakyat jajahan KB.
Pelbagai acara dijalankan sepanjang hari tersebut. Terdapat pelbagai gerai pameran diadakan dan juga permainan sukan rakyat bermula jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Sukan Rakyat juga diserikan dengan kedatangan Angkasawan Negara Dr. Faiz.
Majlis dirasmikan oleh Raja Perempuan Kelantan jam 3.00 petang. Tuanku sempat meyaksikan sukan yang diadakan dan dipersembahkan kepada Raja Perempuan Kelantan.

Majlis digamatkan lagi dengan kehadiran juru acara jemputan iaitu Ali Mamak Santan Berlada yang suatu ketika dahulu amat popular. Majlis diserikan dengan persembahan kebudayaan daripada pelajar USM dan sekolah sekitar. Majlis diakhiri dengan cabutan bertuah.


Taniat diRaja yang disediakan oleh pihak penganjur.

Pandangan sisi taniat di raja

Kenderaan klasik juga mengambil bahagian dalam pameran tersebut

Masih gah walaupun usia mencecah puluhan tahun

Ular juga disediakan kepada para pengunjung untuk diabadikan sebagai kenangan. Bergambar dengan ular dikenakan bayaran sebanyak RM2.00

Urusetia sukan rakyat terdiri daripada kakitangan RTM dan Majlis Daerah KB


Pameran yang disediakan oleh pihak penganjur menarik minat pelajar SIC untuk mencubanya


Kakitangan RTM sedang bersiar secara langsung dari tapak majlis sukan rakyat

Antara acara yang disediakan oleh pihak urusetia " boling padang "


Tetamu di kios pameran angkasawan.


Permainan seni mempertahankan diri dipersembahkan kepada pengunjung


Alat Muzik tradisional yang semakin dilupakan oleh golongan muda

Kanak-kanak juga terlibat di dalam acara sukan rakyat ini



Persembahan daripada pelajar USM

Sukan rakyat yang dipersembahkan dihadapan Raja Perempuan Kelantan


Acara ini dinamakan "badang"



No comments:

Post a Comment