Sunday, January 8, 2012

Mesyuarat Staf Pertama Maktab

28/12/2011
Tempat: Maktab Sultan Ismail

Mesyuarat staf kali pertama telah diadakan untuk persediaan sesi persekolahan 2012. Mesyuarat kali ini disertai dengan pembentangan kertas kerja oleh semua pentadbir sekolah.
Taklimat dipengerusi oleh PK Pentadbiran dan dimulakan dengan taklimat oleh Tuan Pengetua Tn Hj Saipuddin bin Abdullah. Seterusnya pembentangan oleh PK Hem Tn Hj Lokman Zakey b Hashim, diikuti pembentangan oleh PK Ko Pn Hjh Dalyana.

Taklimat Staf pertama kali ini juga disertai oleh pembentangan kertas kerja oleh semua Guru Kanan Maktab Sultan Ismail. Pembentangan dimulai oleh Tn. Hj Zulkifli b Yusof GK Bahasa, diikuti oleh Guru Kanan Teknik dan Vokasional dan terakhirnya Guru Kanan Sains Sosial En. Mohd Asri b Samad.


Persediaan awal sebelum Taklimat Staf pertama

Pendaftaran guru

Taklimat Oleh Tn Pengetua

Taklimat Oleh PK Pentadbiran

Taklimat oleh PK HEM berkisar ruanglingkup HEM

PK KO menyampaikan taklimat Ko yang akan dilaksanakan untuk sesi 2012

Pembentangan Kertas Kerja oleh Guru Kanan Bahasa

Pembentangan oleh Guru Kanan Sains Sosial

Pembentangan oleh Guru Kanan Teknik dan Vokasional


Guru-guru tekun mendengar pembentangan dan taklimat yang disampaikan


Semoga kerja buat untuk tahun 2012 berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan yang dirancangkan
Selamat bertugas..


No comments:

Post a Comment