Friday, April 24, 2009

Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia

Hari ini, 24.04.2009 , bertempat di KB Mall telah berlangsung sambutan Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia.
SIC telah diberi penghormatan dan kepercayaan untuk menjayakan majlis tersebut. Acara yang disertai oleh kelab muzik SIC dibawah pimpinan cikgu Radzi dan cikgu Zulfakar telah menghiburkan ratusan pengunjung KB Mall selama 2 jam tanpa henti bermula pada pukul 8.30 malam hingga 10.30 malam. Persembahan para pelajar SIC nyata sekali telah berjaya menghiburkan dan memuaskan hati penonton. Persermbahan meliputi acara kompang, pancaragam, gamelan, band dan nyanyian solo. SIC ternyata bukan sahaja melahirkan pelajar yang cemerlang akademik, tetapi juga menghasilkan pelajar berpotensi di bidang seni, berketerampilan dan berkeyakinan diri..sekalung tahniah kepada seluruh warga SIC yang telah menjayakan persembahan ini samada secara langsung ataupun tidak..syabas SIC!!


warna-warni kebolehan pelajar SIC..

kumpulan kompang dan gamelan..

Tuan Pengetua dan isteri hadir sama bagi meniupkan semangat kepada para pelajar..TQ Sir!

..peminat nombor satu!!..antara pelajar SIC yang hadir..

persembahan band SIC..Hasnor penyanyi solo utama..

gaya bersahaja..gaya seorang penghibur..

Fadhli..bekas pelajar SIC turut menyertai persembahan malam ini..

persembahan nyanyian solo..

kumpulan band SIC..

bukan sahaja hebat di kelas..hebat juga di pentas..

kumpulan pancaragam..

gaya pengacara juga tidak kurang hebatnya..berjaya mencuri hati penonton
dengan gelagat mereka..

drumline..

gesekan biola..

persembahan nyanyian solo..

paluan gamelan memenuhi ruang legar KB Mall..

persembahan lagu asli..

"jozan" SIC..

.
*pics&reportbytchersally

4 comments:

  1. nice pics...

    tak sia2 org tu bawak DSLR. Hehehe!

    ReplyDelete
  2. uiks..mana yours??..am sure yours are much better than mine..*wink..

    ReplyDelete
  3. Rugi tak dan nak dengar lagu asli.Apapun terhibur dengar persembahan tu.

    ReplyDelete
  4. Nanti abiey tarukkan banyak lagi gambar dalam blog abiey

    ReplyDelete