Sunday, April 5, 2009

Mighty Minds Challenge

4 April 2009
Akhirnya...
penat seharian di SMKDAM berbaloi.... bila satu daripada 4 pasukan SIC ( 2 pasukan daripada menengah rendah dan 2 pasukan daripada menengah atas) untuk The Star Mighty Minds Challenge berjaya menjadi juara bagi kategori Menengah Rendah peringkat Negeri Kelantan.
Pasukan SIC diiringi oleh cikgu Narizan, cikgu Tengku Munirah, cikgu Nurul Huda dan cikgu Mahiran.
Daripada 4 pasukan yang dihantar, 3 pasukan SIC berjaya masuk ke peringkat top 5 setiap kategori, tetapi hanya 1 pasukan yang berjaya mendapatkan hadiah.

Tahniah....
Pasukan Menengah Rendah yang diwakili oleh Mohd Fareed, Mohd Faris dan Ismail berjaya menjadi juara bagai kategori 1 yang berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM1000 untuk setiap orang.
Bagi kejayaan ini, pehak sekolah dihadiahkan sebuah komputer.

Bagi kategori menengah atas, juaranya adalah dari pasukan SMK Sultan Yahya Petra, Gua Musang.
Pertandingan di mulakan dengan kuiz sains, matematik dan pengetahuan am .
Pertandingan bermula pada jam 10.00 pagi untuk kuiz bagi kategori menengah rendah, di ikuti dengan kuiz untuk kategori menengah atas bermula jam 11.00 pagi
30 pasukan terbaik bagi setiap kategori dipilih untuk bertanding ke peringkat seterusnya, ia itu hands on challenge.

kategori menegah rendah menjawab soalan kuiz....













dan peserta bagi kategori menengah atas menunggu giliran dengan sabar.











Dan Tahniah kepada kumpulan Ibrahim, Syawaluddin dan Liew yang berjaya meletakkan nama SIC di tangga teratas di score board untuk challenge pertama!
tempat untuk peserta membina model didalam hands on challenge yang bermula pada jam 2.00 petang













perbincangan bersama ahli kumpulan bagaimana untuk membina model berdasarkan tugasan yang diberikan, iaitu sistem pengairan
Bukan mudah nak membuatnya daripada 3 biji botol air mineral....tetapi mereka berjaya melakukannya!
( kedua-dua pasukan telah berjaya termasuk didalam kumpulan top 5 )
Tahniah....













Kumpulan menengah atas ditugaskan menyiapkan satu air pancut dari sebuah kolam/bekas air yang mengalir secara berterusan
berpeluh mereka berfikir bagaimana nak merekacipta, tetapi mereka dapat membina model yang dikehendaki dengan menggunakan botol air mineral, straw dan alat lain yang dibekalkan.













Hanya 5 kumpulan terbaik yang diminta untuk membuat pembentangan model kepada juri...
Tahniah...anda termasuk dalam top 5 walaupun pancutan air tak menjadi...
(Kalau jadi....mungkin dapat Juara..)
But...Good Job!!!



sessi pembentangan kepada juri








sehari suntuk...penat,tetapi enjoy.....












dan tetap bersemangat...













Kerana SIC menjadi JUARA!!












Pasukan yang menjadi juara akan mewakili kelantan ke peringkat Nasional pada bulan Ogos nanti.
Tahniah & Selamat Berjaya
kepada:
Mohamad Faris b Zulkifli
Mohamad Fareed b Ibrahim
Ismail b Nor Akmal

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Yay dpt tmpt 1 challenge objective tuh...

    tapi challenge 2 botol air tuh bocor... T.T..

    ReplyDelete
  3. Congrats Ismailians...! That was indeed excellent! =]

    ReplyDelete
  4. SMK Sultan Yahya Petra I,"KUALA KRAI" .. Famous for bird nest....NOT Gua Musang...anyway ,congratz S.I.C ;)

    ReplyDelete
  5. bagus alhamdulillah..

    jgn poyo sudah laa..

    ReplyDelete