Wednesday, May 20, 2009

JOHAN GURU INOVATIF PERINGKAT KEBANGSAAN

Tahniah diucapkan kepada Mr Eyu Foo On, Pn Hajah Hasnah bt Daud dan En Anuar b Fauzi daripada Maktab Sultan Ismail kerana telah berjaya menjadi Johan Guru Inovatif peringkat Kebangsaan bagi tahun 2009 Kategori Kumpulan.

Usaha Kreatif dan Inovatif kumpulan guru-guru Fizik SIC ini telah menghasilkan ‘My Physics Waves Story’, iaitu satu kaedah P & P untuk memahami dan menguasai topic fenomena gelombang dalam mata Pelajaran fizik.

( SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK BACA )
sinopsis My Physics Waves Story yang diambil daripada buku program
Pelancaran Perayaan Hari Guru ke 38, Peringkat Kebangsaan 2009


Upacara penyampaian hadiah telah di adakan pada Majlis Jamuan Negeri , Malam Akal Budi Hari Guru Kebangsaan 2009 yang diadakan di Negeri Terengganu Darul Iman pada 15 Mei 2009 yang lepas.

Ketiga-tiga mereka di beri penghormatan untuk memperkenal dan mempamerkan hasil inovatif dan kreatif mereka, yang dikenali sebagai My Wave Kit di Festival Hari Guru 2009 yang diadakan di Terengganu Trade Centre pada 14 - 17 Mei 2009. .


My Wave Kit


Mr Eyu & Pn Hasnah sedang menyiapkan gerai Pameran


Cikgu Anuar & Pn Hasnah


Mr Eyu sedang menerangkan sesuatu kepada seorang VIP yang melawat booth My Wave Kit


Timbalan perdana Menteri mendengar penerangan daripada Cikgu Anuar dan Puan Hasnah


Tahniah daripada semua Warga SIC kepada
Mr Eyu Foo On,
Pn Hajah Hasnh Daud &
En Anuar bin Fauzi.

Sekolah Ini Cemerlang

catatan oleh: CM




No comments:

Post a Comment