Tuesday, May 5, 2009

MAJLIS JASAMU DIKENANG - EN ABDUL HALIM B ZAKARIA

Isnin, 5 hb Mei 2002, sekali lagi majlis jasamu dikenang di adakan di Dewan Tengku Mahmud, Maktab sultan Ismail sempena meraikan majlis perpisahan mantan PK HEM SIC, En Abdul Halim b Zakaria yang telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua SMK Laloh, Kuala Krai, Kelantan.

Majlis dimulakan dengan ucapan wakil pelajar, ucapan Tuan Pengetua SIC, tayangan video Selayang Pandang En Abdul Halim selama bertugas sepanjang 5 tahun di SIC, ucapan mantan PK HEM dan acara penyampaian cenderamata daripada pelajar dan kakitangan SIC.

Majlis Jasamu Dikenang di akhiri dengan perarakan sayonara mengiringi mantan PK HEM keluar dewan.

Mantan PK HEM bersalam-salaman dengan para pelajar


Pelukan terakhir dengan Ketua Pemimpin Pelajar, Mohamad Danial Fitri.

Ucapan perpisahan dengan PK KO, selepas ni boleh jumpa lagi...

Lambaian terakhir kepada pelajar-pelajar SIC......

Kemudian, En Abdul Halim berangkat ke sekolah barunya, SMK Laloh diiringi oleh Tuan Pengetua, PKP dan lebih kurang 40 orang guru dan kakitangan SIC. Rombongan kami tiba di SMK Laloh lebih kurang jam 1.45 petang.

Senyuman seorang Pengetua. Selamat Bertugas!!!

persediaan sebelum berangkat ke SMK Laloh.

Rombongan guru-guru SIC di SMK Laloh....Kaunselor, Bendahari dan Pengerusi KGKT.

Bersedia....
kami disambut dengan penuh mesra..dan meriah!


Ucapan pertama Tuan Pengetua di depan guru-guru SMK Laloh
& ucapan terakhir di depan guru-guru SIC



YDP PIBG SMK Laloh, Tuan Pengetua SMK Laloh, PK HEM SMK Laloh & PKP SMK Laloh.
Tuan Pengetua SIC Sedang berucap
( Tidak ada dalam gambar)



Selepas majlis ucapan, rombongan guru-guru SIC dihidangkan dengan jamuan makan tengahari.

Menunya adalah;
Nasi putih
ikan patin gulai tempoyak
gulai daging dengan nangka muda
ayam goreng berempah
kerabu nangka muda
sambal belacan
air oren
dan
puding & tembikai sebagai pencuci mulut

Terima Kasih Daun Keladi
Ada majlis kita pergi lagi!




Bas SIC membawa kami pulang, dan tiba di SIC lebih kurang jam 4.45 petang.


catatan oleh cm

No comments:

Post a Comment