Friday, August 7, 2009

LAWATAN PELAJAR-PELAJAR CEMERLANG PMR KE TERENGGANU

Seramai 32 orang pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan pertengahan tahun 2009 telah dibawa melawat Terengganu oleh Unit Kecemerlangan PMR 2009.

Mereka diiringi oleh 5 orang guru iaitu
En Pathiuddin - S/U Unit Kecemerlangan PMR
Ust Fittriyyah - Pen S/U Unit Kecemerlangan
YM Tg Munirah - Bendahari Unit Kecemerlangan
Pn Narizan - S/U Tingkatan 3 Unit Peperiksaan
Pn Noraiza - Kaunselor SIC

Pelajar dibawa melawat Institut Teknologi Petronas. Di sini mereka diberi penerangan tentang bidang-bidang kejuruteraan yang ditawarkan diINSTEP.






Kemudian mereka dibawa ke masjid teapung untuk solat & makan tengahari sebelum melawat ke Planetarium.

kemudian mereka dibawa ke Taman Tamaddun Islam & Masjid Kristal.
Rombongan bertolak pulang pada jam 6.00 petang dan tiba di perkarangan masjid SIC pada jam 9.00 malam.


dipost oleh CM

No comments:

Post a Comment