Thursday, August 20, 2009

MAJLIS SILATUR RAHIM BERSAMA BEKAS STAF SIC

Majlis ini diadakan untuk merapatkan hubungan silatur rahim antara staf SIC dengan bekas-bekas staf SIC yang telah meninggalkan SIC sama ada kerana bersara ataupun bertukar ke sekolah lain.

Majlis bermula dengan mengadakan perlawanan bolasepak pada petang Selasa, 18 Ogos, 2009. Antara yang hadir termasuklah Hj. Wahid Jusoh ( Bekas PK. KO ), Hj. Rajion ( Bekas S/U Peperiksaan), Hj. 'Alawi ( PKP Melor ), Hj. Kamaruzzaman Daud ( Pengetua SMK Raja Sakti ), En. Abd Halim Zakaria dan adiknya Abdullah Zakaria, Hj. Razali Ismail (Unit Kurikulum, PPD Kota Bharu), Ust. Mohd Nazir, Mr. Yap, En. Gan, Wan Ramli, Osman Isa, Ust. Syukri, Yassin, Abe Lah Asrama, Shahruddin, Azhar , Yin dan ramai lagi.

Pada malamnya pula diadakan majlis BBQ dan pengetua SIC, Hj. Saipuddin Abdullah telah sudi hadir sama untuk merai dan memeriahkan lagi Majlis silatur rahim. Semoga hubungan akrab antara staf SIC yang lama dan baru ini terus berkekalan, Insya ALLAH.


Bergambar kenangan sebelum perlawanan bolasepak dijalankan.

Team A

Team B
Team A dan B sama-sama hebat.. Perlawanan masa sebenar berkesudahan 1 - 1
Team B memenangi melalui sepakan penalti 9 - 10
Malamnya berjamu selera dan ada game sikit..
Kelihatan mantan PKP dan X Staff SIC

Pengetua Laloh dan PKP Melor sedang menjamu selera

Penyampaian cenderahati untuk perlawanan bolasepak

Insya Allah program ini akan dijadikan program tahunan. Jumpa lagi tahun 2010.



No comments:

Post a Comment