Sunday, February 8, 2009

Kem Sahsiah Remaja (KSR) anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Tanggal 5hb Februari hingga 7 Februari 2009,seramai 86 daripada 96 orang pelajar-pelajar Tingkatan 5 telah menyertai Kem Sahsiah Remaja ( KSR ) anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM ). Objektif pelaksanaan program ini ialah untuk memperbaiki sahsiah pelajar-pelajar di samping memberi peluang kepada mereka untuk
“ rileks minda ”

Tepat Jam 10 pagi,pelajar-pelajar berkumpul di Laman Senamrobik untuk mendengar teklimat daripada Cg Hafizi,Kaunselor Maktab,selaku guru pengiring dan penyelaras program ini.Dengan ihsan SMK Zainab 1,pelajar-pelajar di bawa ke Pantai Seri Tujuh Resort menggunakan bas milik SMK ZAINAB 1 dan juga bas maktab.

Perjalanan selama lebih kurang 45 minit ditempuhi para pelajar dengan penuh kegirangan dan gelak ketawa menandakan reaksi positif mereka terhadap usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak maktab untuk mencemerlangkan mereka.

Ketibaan para pelajar Tingkatan 5 MSI di sambut dengan penuh mesra oleh pihak YADIM yang telah bertungkus lumus membuat persiapan untuk memastikan kejayaan program ini.

Selaku Kem Komandan, En. Hamzah bin Salleh yang lebih mesra dikenali sebagai Cg Am telah memberikan taklimat ringkas mengenai perjalanan program ini serta peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap pelajar sepanjang kursus ini berjalan.

Pelantikan AJK Kem Sahsiah Remaja juga di buat untuk memastikan perjalanan program ini menjadi lebih lancar serta bersistematik

Hidangan Makan Tengahari kemudiannya telah di sediakan dan para pelajar makan dengan berselera bersama-sama guru pengiring.Seterusnya,setelah selesai makan tengahari dan solot zohor berjemaah,para pelajar diberikan taklimat menegnai pembahagian bilik.

Menariknya,pendekatan yang digunakan YADIM iaitu memberikan peluang kepada para pelajar untuk memilih rakan sebilik berjaya menambat hati semua peserta yang terlibat.Tambahan pula,penginapan dan makanan yang di sediakan tidak keterlaluan jika dianggap mewah dan selesa.

Program hari pertama tertumpu kepada dua acara penting iaitu Ceramah Jatidiri Pelajar dan Ceramah yang bertajuk Kenegaraan pada sebelah malam.Ceramah Jatidiri telah berjaya melembutkan hati seramai 86 orang peserta yang terlibat.Air mata keinsafan dilihat gugur ke bumi dengan penuh keikhlasan daripada semua pelajar.Menariknya,pada akhir program ini,pelajar-pelajar disusun mengikut tarikh lahir mereka dari yang terawal hinggalah yang terakhir sebelum mereka bersalam-salaman di antara satu sama lain.

Pada sebelah malam,ceramah yang bertajuk Kenegaraan telah menyedarkan semua pelajar bahawa kegiatan demonstrasi,berpolitik secara berlebih-lebihan akan membawa negara kepada kehancuran.Pendedahan mengenai kekejaman yang telah di lakukan oleh pengganas dunia juga menyedarkan para pelajar bahawa mereka begitu beruntung di lahirkan di negara Malaysia tercinta.

Pada Hari Jumaat 6hb Februari,acara pagi dimulakan dengan senaman yang diketuai oleh Cg Am.Makan pagi kemudiannya dimulakan sebaik sahaja senam robik telah selesai.Para pelajar dilihat begitu berselara menjamah makanan tersbut hingga memaksa pihak YADIM untuk membuat tambahan kepada lauk yang disediakan.

Pada sebelah pagi,dua ceramah telah di sampaikan.Ceramah pertama bertajuk Peningkatan Kecerdasan Emosui Dan Spiritual yang disampaikan oleh Pengurus YADIM Zon Timur.Tn Penceramah dalam ceramahnya menyeru semua pelajar untuk sama-sama memperbaiki sahsiah diri dan meningkatkan disiplin diri agar berjaya dalam pelajaran.

Ceramah kedua yang diadakan telah memberikan suasana gamat dalam Dewan Bunga Raya,Dewan Ceramah utama.Pelajar-pelajar tidak kering gusi mendengar jenaka dan gurauan daripada Tn Penceramah.

Setelah selesai solat Jumaat dan makan tengahari,para pelajar berkumpul di dewan untuk menyertai Program ‘Mini Explorace’ yang begitu menarik.Melihatkan kerjasama daripada semua pelajar,penulis berasa begitu bangga dengan Batch 0509 yang sememangnya mampu memberikan kerjasama antara satu sama lain.Tidak hairanlah mengapa batch ini diberikan harapan yang tinggi oleh pihak pentadbir untuk melonjakkan nama SIC.

Pada sebelah malam,aktiviti seterusnya ialah Malam Kebudayaan dan Kembara Malam.Persembahan daripada para pelajar mengikut kumpulan masing-masing sekali lagi membuktikan kesungguhan mereka dalam melakukan sesuatu tugasan yang diberi.

Begitu juga dalam program Kembara Malam yang memperlihatkan pelajar-pelajar di ikat mata mereka dan hanya dibenarkan memegang kawan-kawan mereka untuk bergerak di dalam kawasan hutan.
Pelbagai peristiwa dapat dilihat dan pastinya akan dikenang oleh seluruh pelajar tingkatan 5.

Hari akhir iaitu 7hb Februari merupakan hari yang menyentuh perasaan pelajar kerana pada hari ini mereka akan meninggalkan KSR.Ceramah terakhir ialah ceramah yang bertajuk Motivasi Diri.Pesanan Tn Penceramah ialah supaya kita sentiasa ingat akan harapan ibubapa terhadap kita.

Selepas rehat dan minum pag,para pelajar masuk ke dewan untuk menghadiri Majlis Perasmian Penutup oleh Tn Haji Shafie Hussain,Pengarah YADIM Cawangan Kelantan.Majlis ini juga turut di hadiri oleh PK HEM MSI.

Setelah selesai makan tengahari,pelajar-pelajar bersiap sedi untuk pulang ke maktab tercinta.Sesungguhnya KSR telah mengukir secebis memeori dalam ingatan para pelajar.Harapan penulis agar KSR ini turut disertai para pelajar dari tingkatan yang berlainan agar mereka juga turut menikmati kegembiraan dan keinsafan berada di KSR.


*Laporan disediakan oleh Mohamad Danial Fitri -5Alpha

3 comments:

  1. mano pix aku nyo... ceh.. wt kejo tanggoh..hehe

    ReplyDelete
  2. Soory for d wrong spelling in d previous post..error has been corrected..*wink

    ReplyDelete