Monday, February 9, 2009

MALAM JALINAN KASIH BERSAMA PELAJAR CEMERLANG PMR 2008

Untuk kali kedua, Unit Kecemerlangan PMR Maktab Sultan Ismail berjaya menganjurkan satu makan malam untuk pelajar-pelajar cemerlang PMR 2008 bersama guru-guru PMR dan pentadbir Maktab di Grand River View Hotel pada 8 hb Feb 2009.
Program yang dinamakan Malam Jalinan Kasih Bersama Pelajar Cemerlang PMR 2008 disertai oleh 90 orang pelajar yang mendapat minimum 5A di dalam PMR 2008 , guru-guru, pentadbir Maktab bersama tiga tetamu jemputan iaitu YDP PIBG, Dato' Seri Hj Ahmad Sukimi b Ibrahim, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu, Tn Hj Che Abd Aziz b Daud dan Pen PPD bahagian Pengurusan Sekolah, Tn Hj Mohd Ezani b Awang.


Tetamu yang hadir, YDP PIBG, Dato' Seri Ahmad Sukimi,
PPD Kota Bharu, Tn Hj Che Abd Aziz dan Tn Hj Ezani bersama PKP, PK HEM dan PK KO
(Tuan Pengetua masih di hospital, moga cepat-cepat sihat...)


PH HEM dan En Pathiuddin kusyuk mendengar ucapan daripada Tuan PPD


'anak-anak yang cemerlang adalah anak-anak yang tahu kehebatan dan kelemahan dirinya...'
pesanan Tuan PPD



'Perjalanan kita masih jauh, PMR adalah langkah pertama...'di antara kata-kata semangat daripada Dato' Seri untuk anak-anak pelajar



Makan malam kami diringi dengan lagu-lagu yang dipersembahkan oleh Azim & the Gang. Demam-demam pun redah juga......




Dan, di antara yang sempat berposing....

barisan guru-guru yang bertungkus lumus untuk meghasilkan kecemerlangan

Seronok....


entah bila pula boleh berkumpul untuk makan-makan begini....




guru-guru yang masih menanti hidangan...



dan masih sabar menunggu....

Semoga
MALAM JALINAN KASIH BERSAMA PELAJAR CEMERLANG UNTUK TAHUN 2009

JUGA DAPAT MENGHIMPUNKAN LEBIH RAMAI PELAJAR!

2 comments:

  1. Haha... Jamuan akhir sbelum berpisah dgn pelajar2 yg akan ke SBP & MRSM pd 10/2/09...

    Haha... Harap2 korang xkn lupe SIC...

    tinggalah aku with 15 org lagi budak 4 Alpha.....

    dan yang takkan ku lupa...
    kepade semua guru SIC yg telah mengajar aku hingga berjaye dlm PMR 08... Terima Kasih Cikgu...

    cikgu yg sedang mengajar pon takkan dilupekan...

    ReplyDelete
  2. Ape ni gambar ak satu jerr...susah nk nampak jgk...

    btw hihi amir.... hong (liew) 4 alpha sini~~

    ReplyDelete