Wednesday, February 11, 2009

Pelancaran Tabung Palestin Peringkat Maktab Sultan Ismail

Pelancaran Tabung Palestin telah dilaksanakan pada hari Ahad, 8/02/09 ketika perhimpunan pagi. Acara yang dijalankan ialah tazkirah, ucapan perasmian pelancaran dan persembahan pelajar. Diharap pelajar dapat menghayati penderitaan penduduk palestin dan sama-sama menyumbang kepada mereka.



Persiapan awal sebelum pelajar mempersembahkan persembahanannya.

Pelajar2 berdisiplin ketika hari perhimpunan. semangat yang ditunjukkan oleh pelajar adalah sebagai bayangan keperibadian mereka.


Persembahan pelajar iaitu deklamasi sajak dan diiringi dengan muzik oleh pelajar aliran muzik MSI.

Sajak hasil nukilan Guru Kanan Bahasa Maktab Sultan Ismail dideklamasikan dengan penuh semangat.

Orang yang terlibat dalam mengolahkan muzik ketika mengiringi pendeklamator.
Sajak yang dipersembahkan :
Suara Hatiku Untuk Palestin


Palestine,
Usah kau menangis….,
Kerana esak tangismu
Tidak akan kedengaran oleh manusia…,
Meski hancur lumat bumi anbia’ menjadi debu…,
Biar bumi Al Aqsa merah menyala dijilat neraka…,
Meski hujan peluru tidak pernah berhenti….,
Namun tak siapa yang peduli…..,

**********

Palestine…,
Usah kau berkecil hati…,
Apa diharap kepada dunia yang membisu tanpa bicara….,
Meski gemercik api membakar segala….,

Apa diharap kepada dunia …,
Yang hanya berpejam mata…,
Meski langitmu merah menyala….

Apa diharap kepada dunia yang kehilangan telinga…,
Meski tangismu memecah suasana….,

Palestin…,
Nasibmu bukan sekadar persoalan agama
Tetapi mencabar nilai kemanusiaan manusia
Yang meruntun jiwa setiap manusia merdeka

Agaknya dunia ini sudah gila..,
Perampas dibela.., mempertahankan diri dianggap durjana
Nafsu kebinatangan menjadi taruhan
Kebiadaban dibiarkan bertebaran..,

Yan Bani Israel…,
Ya Shimon Peres…,
Ya Ehud Barak…,
Ya Benjamin Nentanyahu…,
Ya Aeriel Sharon…,

Benarkah kau manusia…,
Jika yang dibunuh adalah kanak-kanak yang tidak berdosa…,

Benarkah kamu layak dipanggil manusia…,
Jika yang dibunuh adalah wanita yang tidak berdaya…,

Benarkah kamu manusia…,
Jika yang dibunuh hanyalah bayi yang tidak mengerti apa-apa..,

Bukan.., kamu bukan manusia
jika tangisan anak-anak tidak meruntun jiwa…,

kamu adalah manusia durjana….,
yang GILA……….,GILA………..,GILA!

Tuhanku ….,
Maafkan aku,
Aku hanya insan yang lemah…,
Air mataku yang tumpah
Tidak mampu membasuh titisan darah……,

Kesedihan dan gelora jiwaku
Tidak mampu mengubat rindu anak-anak yang yatim piatu…,
Suaraku dan bisikan hatiku
Tidak mampu menenggelamkan ratapan anak Palestine…,

*******
Tuhanku…,
Aku hanya insan yang tidak berdaya…,
Hanya doa yang bisa kuhulurkan
Ya Allah, selamatkan Palestin…,
Tamatkan kesengsaran mereka.

Kepada semua …, insaflah segala
Dunia ini terlalu kecil untuk diisi dengan kesedihan dan penderitaan..,
Harumilah bumi ini dengan kasih sayang
Suburilah ia dengan kegembiraan dan penghormatan
Kerna.., riwayat dunia pasti berakir jua…

Kepadamu Palestine…
Kami tetap bersamamu…,
Kami tetap bersamamu…,
Hasil Nukilan: Tn. Hj. Zulkifli bin Yusoff
Guru Kanan Bahasa
Maktab Sultan Ismail




5 comments:

  1. salam bos...

    tok oyak sepatoh pun anak buah kawe susoh payoh baca text jepun!!!

    nak kena potong keparaaaaa nih!!!

    ReplyDelete
  2. Yesss..a job well done!! and yess sensei Reza u r right..moderator lupa tu nak mention..syabas juga kpd persembahan dlm B.Jepun tuh..errr..ape yg dikatakan eh??

    ReplyDelete